MAMA YATI DALAM KENANGAN




Secangkir jernih air mawar mewangi membasahi pusara senja,
Meratapi pembaringan sepi sang ratu hati ayah bonda dan dinda,
Perginya yang takkan kembali lagi menghiasai taman ceria,
Di persada maya yang kian pesat dilanda nesta.

Baktimu tiada ketara menghulur seribu satu cakna,
Membina sanubari ceria ayah bonda dan dinda,
Meredakan semua tutur cemuh tetangga,
Menjulang keluarga ke puncak insan dimulia.

Walaupun diri tidak seberapa berharta,
Istana kecil indah milik ayah bonda,
Sungguhmu demi bonda dan dinda  membela,
Menjadi insan budiman dan beragama.

Anak didikmu bertebaran merata dunia,
Bergelar manusia hebat lagi berguna,
Kerana usaha gigihmu tak kira masa,
Semoga setiap jasamu Allah redha.

Wahai semua saudara taulan MAMA YATI,
Lantunlah Al Fatihah dengan sebenar-benar menghayati,
Hadiahkanlah pahalanya niatkan kepada Ilahi,
Semoga setiap doa dan istighfar ini  Allah memberkati.

(15 hari telah kembali ke rahmatullah. Menghembuskan nafas terakhir 10.35am di KPJ Kota Bharu Rabu [Lahir 18/11/1964~Kembali 18/04/2018])

(Sekian dulu; dari Hamba Allah yang Dhoif lagi Fakir ini)


Sayu di idulfitri
dua purnama mengenangkan yang jauh di mata,
Di hati namun teguh merasa gelora melanda jiwa,
pusara tak bernesan sepi bagai melambai cinta kenangan,
Sayu hambar mengenangkan jauh rajuk sendu,
Kalbu yang menyimpan seribu rahsia,
Menanti bilakah langit cerah,
Menitiskan gerimis mengabadikan kesyahduan renyuk hati nesta,
Kemana ehsan kasih kekasih anak bonda,
Sanak saudara merintis damai kerakusan keakuan dunia,
Sandiwara....
Aduhai hati yang sunyi
Hadiahkanlah secebis doa mesra walau Al-Fatihah buat UMMI di taman syurga.


Comments

Popular posts from this blog

DJM2012_NOTA_SISTEM KAWALAN KOMPUTER

JF302 -Bab 2a

JF302 BAB 6- PLASTIK