Posts

Showing posts from February 13, 2011

SAJAK

Kekasih awal dan akhir Di mana bermula pasti akan tiba saat terakhir Ketika itu resah gelisah tak tentu arah Kini, dulu dan selamanya tak henti-henti nak berubah Tetapi nyata diri menipu diri sendiri. Di mana Tuhan di mana malaikat dan semua yang ghaib Soalan demi soalan untuk memikat sanubari Meskipun diri sendiri jauh dari keyakinan Kata-kata ini dimulut dan melekat setakat di kerongkongan Jiwa yang meronta ingin dikasihi apatah dikasihani Sejak bila diri ini mengasihi yang awal Sampai bila diri ini belas terhadap yang akhir Hari ini, esok dan bila-bila tak merasai cinta itu. Perjuangan ini amat sukar Ringan di mata tapi teramat berat di kalbu Memujuk kasih tumpuan di hati Cinta Tuhan cinta yang suci