Posts

Showing posts from January 15, 2012

Allah mengutus Rasul untuk menyampaikan khabar berita Gembira dan Peringatan Duka

Image
   PETIKAN DARI KISAH WALIYYULLAH MALIK BIN DINAR:- Apabila mendengar suara tersebut, maka ramailah kanak-kanak keluar dari pintu itu dengan wajah muka yang berseri-seri. Mereka memandang kepadaku dengan penuh belas kasihan kerana mereka nampak aku sedang di dalam ketakutan dikejar ular. Tiba-tiba aku ternampak anakku yang berusia dua tahun ada bersama-sama kumpulan kanak-kanak itu. Sebaik saja dia terpandang kepadaku, dia pun menangis, lalu berlari mendapatkan aku. Kemudian anakku menunjukkan tangannnya ke arah ular itu dan secara tiba-tiba ular itu pun pergi dari situ. Binatang yang amat menakutkan aku itu kemudiannya ghaib pada pandanganku. Malik meneruskan ceritanya. " Aku pun meletakkan puteriku itu dalam pangkuanku dan dia asyik bermain dengan janggutku. Kemudian puteriku itu membaca sepotong ayat al-Qur'an surah al-Hadid (ayat : 16) yang demikian tafsirnya : "Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyu' hati mer