Posts

Showing posts from July 19, 2020

MANUSIA CARI DUNIA atau DUNIA CARI MANUSIA

Image
Nasib diri seseorang manusia tak selalunya gembira atau senang lenang. Manusia dijadikan Allah untuk diuji setakat mana dia mampu menghadapi ujian kesenangan dan kesusahan yang saban hari mendampingi kehidupan awal hingga ke akhirnya. Banyak nikmat yang tuhan sediakan dan berikan kepada kita manusia dan mempergunakan serta mengambil pelbagai manafaat darinya. Jika kita sedar semua nikmat itu bukanlah percuma dan bukanlah semua yang kita dapat hanya asbab kerja keras kita semata-mata. Semuanya itu bergantung kepada keizinan Allah yang Maha kaya. Kesyukuran kita di atas nikmat tuhan itu lantas menzahirkan kesyukuran dengan meningkatkan ibadat dan berusaha merapatkan hubungan kita denganNya sebagai hubungan hamba dan Tuhan semesta alam. Mendapat keredhaan serta keampunan tuhan di atas segala salah silap kita yang penuh dosa ini amat-amat penting difikirkan sebelum ianya terlambat atau kita menyedarinya selepas nyawa terakhir telah sampai di hujung tenggorokan. Jangan mudah berpuash