MANUSIA CARI DUNIA atau DUNIA CARI MANUSIA


Nasib diri seseorang manusia tak selalunya gembira atau senang lenang. Manusia dijadikan Allah untuk diuji setakat mana dia mampu menghadapi ujian kesenangan dan kesusahan yang saban hari mendampingi kehidupan awal hingga ke akhirnya. Banyak nikmat yang tuhan sediakan dan berikan kepada kita manusia dan mempergunakan serta mengambil pelbagai manafaat darinya. Jika kita sedar semua nikmat itu bukanlah percuma dan bukanlah semua yang kita dapat hanya asbab kerja keras kita semata-mata. Semuanya itu bergantung kepada keizinan Allah yang Maha kaya. Kesyukuran kita di atas nikmat tuhan itu lantas menzahirkan kesyukuran dengan meningkatkan ibadat dan berusaha merapatkan hubungan kita denganNya sebagai hubungan hamba dan Tuhan semesta alam. Mendapat keredhaan serta keampunan tuhan di atas segala salah silap kita yang penuh dosa ini amat-amat penting difikirkan sebelum ianya terlambat atau kita menyedarinya selepas nyawa terakhir telah sampai di hujung tenggorokan.
Jangan mudah berpuashati dengan apa yang kita ada. Pandangkan dan renungkanlah sekeliling kita sekarang ini. Apakah setelah merasakan kita telah kaya raya, kerja atau perniagaan kita setiap hari untung besar, anak-anak sempurna dan berjaya dalam pelajaran, pekerjaan dan perkahwinan dan amal ibadat kita yang tersusun rapi, khusyuk tawaduk, sedekah dan derma merata untuk jiran dan masyarakat. Bagaimana pula dengan ibu bapa dan adik beradik kita yang lain? Sudahkan kita bantu atau bertanya khabar berita mereka. Adakah kehidupan mereka senang lenang seperti kita juga atau bagaimana kedudukan mereka yang mungkin sedang bertungkus lumus menyantuni ibu yang sudah uzur, mencukupkan keperluan pakaian, kediaman dan makanan yang tertentu kerena bila uzur pula mungkin banyak perkara yang wajib dipantang. Seseorang yang biasa menghadapi kesusahan dalam kehidupan dan mengalami kesusahan itu amat tahu benar akan kesusahan tersebut dan amat mengetahui perbezakan antara erti kesusahan dan kesenangan. Tetapi orang yang sentiasa dalam kesenangan dan keselesaan dalam hidup hanya pandai berkata-kata tentang kesusahan dan teori kesusahan hidup tersebut disebabkan mereka belum pernah mengalaminya sendiri. Jika berdepan dengan masalah atau  mereka sengaja menghindarkan diri dan melepaskan ia kepada orang lain.





Comments

Popular posts from this blog

DJM2012_NOTA_SISTEM KAWALAN KOMPUTER

JF302 -Bab 2a

JF302 BAB 6- PLASTIK