Posts

Showing posts from May 21, 2017

POWER TRANSMISSION

POWER TRANSMISSION ATAU DALAM BAHASA MELAYU KITA SEBUT PENGHANTARAN KUASA. https://www.youtube.com/watch?v=KB11OmOoer4 Allah ciptakan makhluknya bukan dengan sia-sia. Setiap apa yang ada di mana sahaja samaada di darat, di laut atau di langit atau di dalam bumi semuanya ada manafaatnya, sehinggakan senipis bulu roma di badan setiap manusia ada fungsinya. Contohnya bila manusia berada di dalam cuaca panas, bulu roma itu akan condong merapatkan dirinya kepada kulit atau dalam kata lain reroma tersebut memerangkap sedikit sahaja udara sekitar supaya tidak menjadi penebat kepada kepanasan. Manakala sekiranya cuaca sejuk berlaku reroma di badan akan berinteraksi dengan alam ini dan menegakkan diri menjauhkan hujungnya dari kulit yang sedikit sebanyak memerangkap udara sekitarnya menjadi penebat kepada kesejukan. Betapa hebatnya kuasa Allah yang menciptakan makhlukNya ini. Dalam mencari kesempurnaan hidup ini dan jelasnya setiap manusia sentiasa mencipta sesuatu kaedah atau ala