POWER TRANSMISSION


POWER TRANSMISSION ATAU DALAM BAHASA MELAYU KITA SEBUT PENGHANTARAN KUASA.


Allah ciptakan makhluknya bukan dengan sia-sia. Setiap apa yang ada di mana sahaja samaada di darat, di laut atau di langit atau di dalam bumi semuanya ada manafaatnya, sehinggakan senipis bulu roma di badan setiap manusia ada fungsinya. Contohnya bila manusia berada di dalam cuaca panas, bulu roma itu akan condong merapatkan dirinya kepada kulit atau dalam kata lain reroma tersebut memerangkap sedikit sahaja udara sekitar supaya tidak menjadi penebat kepada kepanasan. Manakala sekiranya cuaca sejuk berlaku reroma di badan akan berinteraksi dengan alam ini dan menegakkan diri menjauhkan hujungnya dari kulit yang sedikit sebanyak memerangkap udara sekitarnya menjadi penebat kepada kesejukan. Betapa hebatnya kuasa Allah yang menciptakan makhlukNya ini.
Dalam mencari kesempurnaan hidup ini dan jelasnya setiap manusia sentiasa mencipta sesuatu kaedah atau alat tertentu untuk menyelesaikan masalah hidup seperti mengatasi masalah fizikal dan mental letih, kerja lambat, kesilapan manusia dan teknikal dan pelbagai lagi masalah yang berlaku. Ini menunjukkan manusia tidak berkuasa dan memerlukan sesuatu kuasa yang boleh menbantu dalam kehidupannya sepanjang hidupnya.  Contohnya; semasa dilahirkan manusia perlu bidan untuk menyambut kelahirannya, semasa kecil manusia perlu makan atau minum susu dari ibunya, semasa kanak-kanak, manusia perlu tunjuk ajar dari ibu bapa serta guru supaya tahu membaca, mengira dan menulis. Apabila remaja dan dewasa manusia ini perlu belajar dan terus belajar sehingga boleh mencari makan minum, pakai pakaian, kenderaan, kediaman tempat tinggal, kerja, bersuami isteri, beranak pinak dalan lain-lain lagi keperluan yang amat penting bagi seorang manusia. Sehinggalah tiba suatu saat dipanggil kematian.  Kematian yang amat merungsingkan sesiapa sahaja. Saat ini manusia yang sudah mati ini pun sangat-sangat perlukan tukang mandi mayat, tukang kafan dan tukang penggali kubur untuk menolong manusia ini dikebumikan. Solat Jenazah juga tidak dilupakan, talkin atas kubur juga dibacakan. Semua itu orang lain yang buat.
Perbuatan manusia adalah sekadar zahir kuasa yang dianugerahkan Allah secara berterusan sehingga tercapailah kehendak manusia nisbah kepada tujuan manusia itu berbuat sesuatu itu. Bila-bila masa sahaja Allah boleh tarik atau ambil balik kuasa atau upaya tersebut dari manusia. Hakikatnya kuasa berbuat sesuatu itu adalah hak milik mutlak Allah azzawa jalla.

Comments

Popular posts from this blog

DJM2012_NOTA_SISTEM KAWALAN KOMPUTER

JF302 -Bab 2a

JF302 BAB 6- PLASTIK