Posts

Showing posts from December 9, 2012

Hukum Wanita Kerjaya Beserta Keputusan Majlis Fiqh Dunia

Oleh Zaharuddin Abd Rahman http://www.zaharuddin.net/ Islam membenarkan isteri bekerja tetapi semua kebenaran tadi adalah diikat dengan syarat-syaratnya.  Keharusan ini termasuk dalam umum ayat Allah SWT iaitu :- للرجال نصيب مما اكتسبوا وللنساء نصيب مما اكتسبن Ertinya : "Bagi lelaki bahagian yang ia usahakan dan bagi wanita bahagian yang ia usahakan" ( An-Nisa : 32 ) Nabi SAW pula telah menyebutkan bahawa :- ما أكل أحد طعاما قط خيرا من أن يأكل من عمل يده Ertinya : "Tiada seorang pun yang makan lebih baik dari orang yang makan hasil dari tangannya sendiri" ( Riwayat, Al-Bukhari, no 1966, Fath Al-bari, 4/306) Disebut juga dalam sebuah hadith dhoif : من بات كالاًّ من عمل يده بات مغفورًا له Ertinya : Sesiapa yang tidur dengan keletihan dari kerja tangannya sendiri, ia tidur dalam keadaan diampunkan oleh Allah SWT" ( Riwayat Ibn 'Asakir & At-Tabrani ; Al-Haithami dalam Majma Az-Zawaid : Ramai perawinya tidak aku