PUISI HAMBA TIKA GEMA MELANTUN LARA

MESIN SIAPA

Mesin tiada nafas respirasi,
Rekacipta saintis luar negeri,
Dijana elektropneumatik hidraulik,
Degupan arteri fanuc atau sieman.
Mengisar plastik melarik keluli,
Jaguh memotong alur dalam dan luar sisi,
Kadang merentas segi menirus benang,
Mencorak kasar melicin halus.
Lughahmu ringkas walau berjela,
Bersimbol Kod M kod G serta nombor,
Menjelma terjemahan aksi mekanikal,
Hayunan matalat tajam berputar deras.
Karier sekehendak hasrat tuanmu,
Spesimen kompleks tekun dibentuk,
Biar apa dan bagaimana ilhamnya,
Jauh tercuai atau rehat bersahaja,
Bagaimana pula Kita,...
Tanggungjawab dengan Pencipta...
Ahmar72 Al Jelatangi.
1.53pm 23 Nov 2020

Kok Lanas Kel.. 





DEMI ADIK
Abah, kenapa tak tidur lagi?
Hari ni dah larut Malam.
Esok nanti mengantuk pula nak sambung Kerja.
Bila kesihatan terganggu, kualiti Kerja pun jatuh merudum..
Hai abah,
Siang Malam pagi petang,
Kau pertarungkan segala yang Ada,
Along angah ucu mengekang Mata,
Sama-sama sakit senang bergenang air Mata,
Untuk memastikan adik tenang menang,
Di anjung setia menanti.
Hai abah,
Sekian ini kau pertaruhkan segala yang Ada,
Segala harta benda dan akalan fikir bijaksana,
Tak Kira siapa, Sama Sama pantang menyerah,
Terus ingin menang hingga ke Sana,
Menjunjung azam agar tegak bangkit berjuang,
Demi adik yang harus menyambung bakti nanti.
Hai abah,
Jangan sedih dan iri dengan kisah nista berjela,
Biarlah mereka mencanang cerita nan kecundang Hina,
Marilah bersatu bina semula Istana perpaduan,
Atas runtuhan tembok kaca berdarah lama,
Kerana adik-adik di sini dan di sana dah tahu semuanya.
Ahmar72 al-Jelatangi
8 Oktober 2020



HATI KECIL
Hati ini bukanlah besi tuang,
Yang keras kukuh berliang-liang,
Setiap hari dilempiaskan petrol kepanasan,
Diletupkan recik api meluap-luap,
Dihunjam omboh bergelutan karbon kehitaman.
Hati ini bukan intan yang pegun tersimpan,
Yang utuhnya setanding berlian,
Jutaan kurun hilang di lapisan gunung dasar lautan, Jelmaan fosil makro dan mikro organik yang ajaib,
Melakar pemisah kaca permata.
Hati ini bukan seperti termoplastik,
Mudah cair lebur dimamah haba,
Yang longlainya boleh didepa panjang terputus,
Yang wasap putihnya keluar terbakar berkelok,
Namun strukturnya tak pupus ditelan zaman.
Hati ini tidak seperti apa-apa yang dikata,
Ia hidup mahukan kedamaian dan kasih cinta,
Ia impikan tautan persaudaraan dan persahabatan,
Ia juga lemah lembut mencipta nasihat pertimbangan,
Semoga hati ini kekal kuat,
walau diri telah bersemadi dalam kenangan,
Ahmar Al Jelatangi
12.03pm 12/11/2020
Paya Senang Kota Bharu Kel.




TUAH TANAH AIRKU
Aku ini mahu semiripmu,
Punyai impian bahagia jauh nun di hari muka,
Kemaruk cinta kasihku sederap yang tersirat kejap,
Tersipu terpaku di pinggiran pangkuanmu,
Sekian ini semarakmu luhur,
beradat kaum berkat saling berpaut,
Susila mesra seni budaya mulianya beragama,
Daulah Rajamu agung dan kanunmu setia dijunjung,
Oh Negaraku bumi bertuah.
Ingatlah…….
Jasa-jasamu kepada bangsa,
Tak mampu ku surat bicara,
Belasmu pada kami teramatlah takjub,
Santunmu yang tulus teramatlah disanjung,
Negaraku
Ku sengkang badai gelora melihat keruh di muara,
Hatiku resah gelisah teguh di landai tubuhmu,
Menitip hangat kelurku menutur salam.
Namun aman permai bukan janji manifesto,
Suka duka legasi dan pengorbananmu.
Melirik tuntas menostalgiakan di sisi buana.
episod demi episod mencambah rempah,
Pasang surut bak gelombang samudera,
Manusia-manusia itu,
Yang terzahir dan yang tersembunyi,
Di dadamu melakar medan provokasi.
Akhirnya Menang jadi abu,
Kalah jadi arang,
Pasti Lebur.
Oh Negaraku…
Janganlah kau biarkan marhean menangis,
Jangan kau abaikan ilmuan alim ulama yang genius,
Lupakah….
sekian saat ajal menjalar merenggut jiwa,
Mengepung dan menyentap lahap di setiap nafas,
Pertarungan yang panjang masih gawat,
Teruskanlah berdiri tegap istiqamah berjemaah,
Pantang berundur walau seinci langkah,
Oh Negaraku…..
aku bangga denganmu.
Ahmar72 Al Jelatangi
4.04pm 25 Oktober 2020

Comments

Popular posts from this blog

DJM2012_NOTA_SISTEM KAWALAN KOMPUTER

JF302 -Bab 2a

JF302 BAB 6- PLASTIK