Posts

Showing posts from 2012

Hukum Wanita Kerjaya Beserta Keputusan Majlis Fiqh Dunia

Oleh Zaharuddin Abd Rahman http://www.zaharuddin.net/ Islam membenarkan isteri bekerja tetapi semua kebenaran tadi adalah diikat dengan syarat-syaratnya.  Keharusan ini termasuk dalam umum ayat Allah SWT iaitu :- للرجال نصيب مما اكتسبوا وللنساء نصيب مما اكتسبن Ertinya : "Bagi lelaki bahagian yang ia usahakan dan bagi wanita bahagian yang ia usahakan" ( An-Nisa : 32 ) Nabi SAW pula telah menyebutkan bahawa :- ما أكل أحد طعاما قط خيرا من أن يأكل من عمل يده Ertinya : "Tiada seorang pun yang makan lebih baik dari orang yang makan hasil dari tangannya sendiri" ( Riwayat, Al-Bukhari, no 1966, Fath Al-bari, 4/306) Disebut juga dalam sebuah hadith dhoif : من بات كالاًّ من عمل يده بات مغفورًا له Ertinya : Sesiapa yang tidur dengan keletihan dari kerja tangannya sendiri, ia tidur dalam keadaan diampunkan oleh Allah SWT" ( Riwayat Ibn 'Asakir & At-Tabrani ; Al-Haithami dalam Majma Az-Zawaid : Ramai perawinya tidak aku

MARI MENDENGAR, BELAJAR DAN MENGKAJI ILMU DI SINI

Image

TRAVELOG KT33_siri2

Image
Sambungan cerita.......dari......Travelog KT33 Dek telingaku terdengar berdebab bedebuk langkah kaki manusia yang tidak sedikit bilangannya. Apa yang berlaku? Rupa-rupanya di Raudah amat ketara jagaan keluar masuk ahli jemaah haji ke dalam sana. Polis yang berunifom lengkap bewarna hijau segak mengawal partition yang mempunyai pintu tertentu yang hanya dibuka pada waktu yang telah ditentukan mengikut arahan yang telah ditetapkan. Bagi jemaah lelaki, waktu melawat raudhah ialah selepas asar hingga lewat isyak yang di situ terdapat maqam Rasulullah dan juga berdirinya mimbar rasulullah. Semuanya berada di sebelah kiri bahu posisi tubuh kita jika berdiri mengadap kiblat. Manakala jemaah wanita boleh melawat Raudhah pada waktu pagi selepas dhuha hingga sebelum zohor. Bunyian Berdebab berdebuk adalah larian telapak kaki jemaah yang berebut-rebut memasuki ruangan Raudhah untuk mendapatkan saf untuk solat berhampiran dengan Mimbar Rasulullah. Semasa berada di dalam raudhah, biasanya