Posts

Showing posts from May 13, 2012

MENGAPA KITA CAKDUH TENTANG AURAT

Image
Cakduh atau memandang ringan penampilan diri kita tentang corak berpakaian di tubuh kita atau susuk tubuh badan anak isteri kita terutamanya yang bernama wanita.... Mungkin kita tak sedar atau sengaja buat-buat tidak sedar. Ini menandakan kita memang kurang segar tentang kewaspadaan kita tentang bahaya yang bakal menimpa kita di dunia atau di akhirat nanti. Wanita adalah perhiasaan di dunia ini. Kerana seluruh kecantikan dan keunggulan pandangan adalah tertumpu pada susuk tubuh insan yang bergelar wanita. Ingatlah.. Sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah. Kenapa? Tidak keluar seseorang anak soleh solehah melainkan lahir dari rahim-rahim para wanita solehah. Peranan mereka inilah yang membentuk seorang hamba Allah yang berperibadi soleh solehah yang akan mewarisi syurga di akhirat. Agenda barat telah lama menampakkan hasil. Misinya terlalu amat berjaya sekali. Pergilah kita ke bandar, ke kampung-kampung, ke Felda dan ke mana-mana sahaja dan perhatikanlah anak-anak wanita kita