MENGAPA KITA CAKDUH TENTANG AURAT

Cakduh atau memandang ringan penampilan diri kita tentang corak berpakaian di tubuh kita atau susuk tubuh badan anak isteri kita terutamanya yang bernama wanita....

Mungkin kita tak sedar atau sengaja buat-buat tidak sedar. Ini menandakan kita memang kurang segar tentang kewaspadaan kita tentang bahaya yang bakal menimpa kita di dunia atau di akhirat nanti. Wanita adalah perhiasaan di dunia ini. Kerana seluruh kecantikan dan keunggulan pandangan adalah tertumpu pada susuk tubuh insan yang bergelar wanita. Ingatlah.. Sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah. Kenapa? Tidak keluar seseorang anak soleh solehah melainkan lahir dari rahim-rahim para wanita solehah. Peranan mereka inilah yang membentuk seorang hamba Allah yang berperibadi soleh solehah yang akan mewarisi syurga di akhirat.

Agenda barat telah lama menampakkan hasil. Misinya terlalu amat berjaya sekali. Pergilah kita ke bandar, ke kampung-kampung, ke Felda dan ke mana-mana sahaja dan perhatikanlah anak-anak wanita kita di sana. Rata-rata mereka tak bertudung lansung atau bertudung kecil tetapi berbaju t-shirt singkat dan berseluar jeans sendat. Bawah ketiak, lurah punggung dan pusat amat mudah dilihat hari ini pada minah motor dan golongan seentero dengannya..Amat jarang sekali terjumpa wanita sama ada yang muda atau pun tua memakai baju kurung atau baju longgar dan bertudung sempurna iaitu tudung labuh yang menutup rambut dan dada.

Hebatnya orientalis meracuni fikrah muda-mudi kita sekarang. apatah lagi mengaburkan fikrah islami ibu bapa kita yang selamba saja membiarkan anak-anak perempuan  serta isteri mereka memakai singkat dan sendat. Tudung pula yang terdiri dari jenama-jenama glamour lagi cantik lagi jelas membayangi susuk payu dara wanita mereka dek kerana kainnya yang lembut halus sekali. Tak kira si pemakainya adalah ustazah atau bukan ustazah sendiri atau sesiapa saja di kaca-kaca tv atau life di sekeliling mereka. Mereka tidak malu menampakkan susuk tubuh mereka melalui tudung terlalu lembut.Ya Allah limpahkanlah hidayah petunjuk MU yang jelas kepada kami agar kehidupan kami sentiasa dibimbingi oleh Mu mengikut ajaran yang benar dari Rasulullah..... Amin, amin ya Allah rabbul aalamin.....




Comments

Popular posts from this blog

DJM2012_NOTA_SISTEM KAWALAN KOMPUTER

JF302 -Bab 2a

JF302 BAB 6- PLASTIK