DJM 2012 NOTA_ SOFTWARE
1.5 PERKAKASAN DAN PERISIAN SEDIA ADA (NX6) {Sambungan dari bab lepas} 1.5.4 Feature Base Modeling (Ciri-Ciri Asas) Model yang dibina dalam NX6 mengandungi ciri-ciri asas yang tertentu. Ini merujuk keadaan geometri suatu model part yang menbentuk ciri seperti garisan lurus, lengkung, lubang, thread, chamfer, round, pocket dan sebagainya. Satu atau lebih ciri-cirinya yang terwujud berdasarkan pada setiap bahagian yang terkecil model. NX6 membenarkan hanya satu ciri model dibina untuk satu-satu masa. Penambahan ciri-ciri yang seterusnya bergantung kepada kehendak perekabentuk. Setiap rekabentuk memerlukan perancangan yang tepat sebelum memulakan kerja ini. Sebagai contoh; “hole” adalah satu ciri model, ianya dibina untuk dipasang kemudian padanya satu model part skru yang bersesuaian saiz dengannya. Di sini diberi contoh beberapa jenis feature-base (ciri-ciri asas) iaitu:- 1.5.5 Parametric Relationships (Hubungan Parametrik) Rekabentuk yang ...