Posts

Showing posts from August 4, 2013

AKTIVITI PROJEK PELAJAR DI JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL POLITEKNIK KOTA BHARU

Image
Politeknik Kota Bharu adalah sebuah institusi pengajian tinggi tempatan yang telah lama mengaplikasikan aktiviti projek   inovasi pelajar untuk Kursus J5012 dan JJ614 bagi Jabatan Kejuruteraan Mekanikal bagi pelajar semester akhir setiap sesi pengajian. Persediaan dan Persembahan Projek Inovasi adalah menjadi kewajipan kepada setiap pelajar tahun akhir Jabatan Kejuruteraan Mekanikal setiap semester. Pada sesi Dis 2012, pameran yang dipersembahkan sebanyak 97 projek semuanya berbentuk kajian penyelidikan, rekabentuk, pembangunan produk dan projek pembangunan perisian pelajar. Projek yang siap telah disimpan di bengkel simpanan projek. Selain itu projek terpilih akan dipamerkan atau di komersialkan kepada agensi yang memerlukan dari pihak dalaman atau luaran. Satu lagi aspek yang boleh diambil kira ialah penggunaan hasil projek pelajar di PKB sebagai alat bantu mengajar atau alatan yang meningkatkan prasarana kemudahan, kecekapan atau keberkesanan tugasan PnP

FITRAH KEHIDUPAN INSAN DI SENJA RAMADHAN

Image
Senja berlabuh menanti sirnanya mentari Beningnya cahaya di ufuk itu menerangi buana Sekejap cuma nur kegemilangan sanubari   qalbu menanti saat lambaian kepulangan Kepulangan tetamu sepi ini Bertandang kemari membawa seribu satu rencana Suka duka semasa bercinta, rindu rinduan Jerih perih merintih kekesalan diri Taubat nasuha Menggapai Rahmat ampunan, cita-cita nyata dan besertanya simpang siurnya   sendiwara Dunia,,, Engkau tetamu yang tidak dicari tetapi rencana Tuhan yang dinanti Buat Insan mengerti Keredhaan   Ilahi dan Belas kasihan insan kesayangan Muhammad Rasulullah serta para sahabat seperjuangan Menjunjung cahaya Islam supaya terus berkembang berjuang Mekar di hati hamba yang bertatih mengenal diri dan pencipta. Sampai bila insan hamba ini ingin bergelar menjadi hamba Tuhan Hingga namanya nanti   disebut-sebut Mulia di Makhluk langit Tinggi Dan di bumi ini Hingga bila roh nyawanya semasa diangkatkan   sehingga disa