Posts

Showing posts from November 3, 2013

MAJLIS PERPISAHAN.....LOVE PKB

Image
 SELASA, 29 Oktober 2013 merupakan suatu hari yang amat penting buat saya. Seorang sahabat yang amat saya raikan dan   kagumi iaitu Md Baharuddin bin Abdul Rahman dijemput hadir bersama di majlis jamuan makan tengahari di Restoran Syam di Kota Bharu. Majlis ini sengaja dibuat sempena   meraikan perpisahan dengan pelajar Diploma Kejuruteraan Mekanikal   semester akhir (Sem 6). Selama 3 tahun sebagai   Penasihat Akademik mereka dan bagai dah terbiasa dengan tingkah laku   serta   fi'il perangai mereka. Zulkifli Hassan adalah wakil kelas DKM6A.(ore Jeli). Beliau seorang pelajar yang baik dan ‘mudah basso’ sekiranya saya nak buat sesuatu program ‘very selamba’.   Turut hadir sama ialah Tn Haji Dr. Zamri Yusoff.   Beliau dan Md Baharuddin merupakan dua insan terpilih kerana mereka berdualah penggerak utama   dalam urusan RnD, pembentangan paper, penulisan dan penerbitan akedemik JKM di Politeknik Kota Bharu. Md Baharuddin telah berjaya menerbitkan buku dan journal penulisan se