MAJLIS PERPISAHAN.....LOVE PKB




 SELASA, 29 Oktober 2013 merupakan suatu hari yang amat penting buat saya. Seorang sahabat yang amat saya raikan dan  kagumi iaitu Md Baharuddin bin Abdul Rahman dijemput hadir bersama di majlis jamuan makan tengahari di Restoran Syam di Kota Bharu. Majlis ini sengaja dibuat sempena  meraikan perpisahan dengan pelajar Diploma Kejuruteraan Mekanikal  semester akhir (Sem 6). Selama 3 tahun sebagai  Penasihat Akademik mereka dan bagai dah terbiasa dengan tingkah laku  serta  fi'il perangai mereka. Zulkifli Hassan adalah wakil kelas DKM6A.(ore Jeli). Beliau seorang pelajar yang baik dan ‘mudah basso’ sekiranya saya nak buat sesuatu program ‘very selamba’.  Turut hadir sama ialah Tn Haji Dr. Zamri Yusoff.  Beliau dan Md Baharuddin merupakan dua insan terpilih kerana mereka berdualah penggerak utama  dalam urusan RnD, pembentangan paper, penulisan dan penerbitan akedemik JKM di Politeknik Kota Bharu. Md Baharuddin telah berjaya menerbitkan buku dan journal penulisan sebanyak 14 buah, termasuklah journal antarabangsa, manakala Dr. Zamri berpuluh buah. Saya sendiri tak berapa pasti bilangannya yang sebenar, kerana dua insan ini tidak suka menonjolkan diri. Mereka orang tasauf dan sentiasa waraq dalam menangani segala perkara keduniaan.  Saya sendiri ada belajar sedikit beberapa kitab kuning (lama) daripada Dr. Zamri dan di dalam kelas pengajian, anak muridnya boleh bersoal jawab dengan jelas dan jawapan yang diberi amat memuaskan hati saya beserta dalil yang sahih. Memang begitulah bila Allah dah beri kefahaman agama kepada seseorang hambaNya maka hatinya begitu cerah (jilah) dan bila-bila masa boleh menukilkan ilmu agama yang benar munasabah merujuk kepada asas al-quran dan As sunnah.  Bila hati dah bersih segalanya tuhan anugerahkan secara ladunni, InsyaAllah. 
 
                                Pelajar kelas DKM6A sesi Jun 2013  
Pesanan guru saya ini, kita wajib merujuk kepada kitab-kitab ulama dahulu yang muktabar, dan jangan suka memandai-mandai memberi pendapat dalam soal agama. Kesesatan tak pilih siapa. Jika kita melorongkan diri kita ke arah kejahilan, maka jadi jahillah kita, rujuklah kitab. Kesimpulannya Kitab itu ibarat sesiku ‘L’ yang fungsinya mengukur kerataan permukaan kayu atau bahan (plate) yang sedang  diketam. Kerataan atau geleding permukaan kayu (plate) itu akan nampak  jelas sekiranya dilalukan lengan sesiku itu sembil melihat ruang (gap) di antara lengan sesiku dengan permukaan kayu tersebut. Kita mesti merujuk kepada kerataan lengan sesiku tersebut. Target yang diingini ialah kerataan kayu itu mestilah sama rata dengan kerataan lengan sesiku yang telah diiktiraf betul-betul rata.  Kitab rujukan muktabar ini juga ibarat tiub penimbang air. Jika kita nak menaikkan tiang rasuk (beam) secara menegak, atau melintang secara tepat 90O, hendaklan melihat kepada  satu gelembung angin yang mesti berhenti bergerak dan tetap berada diposisi paling tengah. Oleh itu ulama’ adalah pewaris para rasul yang semestinya kita rujuk kepada mereka. Ulama yang masih hidup dan kita sempat berjumpa belajar dengan mereka adalah merupakan ilmu hidup yang kita sendiri mendengar dan merasai sendiri ungkapan berkat dari mereka. Sekiranya ulama itu telah meninggal dan kitabnya masih ada, maka manafaatkanlah ilmu yang ada dari kitab tersebut. Belajarlah dari murid-muridnya secara waris mewarisi, kerana  ilmu agama ini teramat penting bagi kita. Jangan sekali-kali perlekehkan sumbangan mereka dan terlalu ghairah atau melatah menuduh bidaah dan sesat sesuatu amalan tertentu yang dibawa menerusi kitab-kitab lama (muktabar) sekiranya ianya bertentangan dengan ilmu yang dipelajari di dewasa ini (moden). Buatlah kajian yang mendalam dalam sesuatu perkara sebelum menyalahkan orang itu dan orang ini. Marilah kita sama-sama memperbaiki diri.. 
 
                                Majlis Perpisahan yang di adakan di Bilik BJKM4 pada 30 Oktober 2013

                                          Sahabat Karib Md Baharuddin 14 November 2013 (Bilik Instruktor 2)
                                          Penyerahan Tugas dan Lokasi .....
Wallahu a’lam.
INSAN KERDIL

Comments

Popular posts from this blog

DJM2012_NOTA_SISTEM KAWALAN KOMPUTER

JF302 -Bab 2a

JF302 BAB 6- PLASTIK