Posts

Showing posts from September 5, 2010

KERJAKANLAH HAJI SEMASA UMUR MUDA

Image
Rukun Islam yang ke 5 ialah menunaikan haji di Baitullah, Tanah suci Mekah al Mukarramah.Kerja haji memerlukan tenaga dan belanja yang secukupnya demi menjamin terlaksananya ibadat tersebut dengan jayanya. Tanpa tenaga yang utuh memungkinkan haji seseorang itu menemui kesulitan dan terpaksa menggunakan wakil untuk menyudahkan segala rukun dan syarat-syarat wajib haji. Fikirkanlah seorang yang tak biasa bersesak-sesak dengan jumlah manusia berjuta orang ramainya dan dengan usia yang lebih dari separuh abad mencelah-celah mencari laluan tawaf. Duyufurrahman (tetamu Allah) ini terpaksa berjuang mengelilingi baitullah (kaabah) sebanyak 7 pusingan dengan keadaan berwuduk. Berapa kilometerkah jaraknya jika dia berada di pusingan paling luar? Bagi mereka yang memang tak boleh berjalan atau berlari, laluan tawaf disediakan di tingkat atas masjidil haram. Kalau nak dikira, lagi bertambah kilometer. Tapi walaubagaimanapun ada orang yang mengambil upah menolak jemaah yang uzur menggunakan kerusi