KERJAKANLAH HAJI SEMASA UMUR MUDA

Rukun Islam yang ke 5 ialah menunaikan haji di Baitullah, Tanah suci Mekah al Mukarramah.Kerja haji memerlukan tenaga dan belanja yang secukupnya demi menjamin terlaksananya ibadat tersebut dengan jayanya. Tanpa tenaga yang utuh memungkinkan haji seseorang itu menemui kesulitan dan terpaksa menggunakan wakil untuk menyudahkan segala rukun dan syarat-syarat wajib haji. Fikirkanlah seorang yang tak biasa bersesak-sesak dengan jumlah manusia berjuta orang ramainya dan dengan usia yang lebih dari separuh abad mencelah-celah mencari laluan tawaf. Duyufurrahman (tetamu Allah) ini terpaksa berjuang mengelilingi baitullah (kaabah) sebanyak 7 pusingan dengan keadaan berwuduk. Berapa kilometerkah jaraknya jika dia berada di pusingan paling luar? Bagi mereka yang memang tak boleh berjalan atau berlari, laluan tawaf disediakan di tingkat atas masjidil haram. Kalau nak dikira, lagi bertambah kilometer. Tapi walaubagaimanapun ada orang yang mengambil upah menolak jemaah yang uzur menggunakan kerusi roda. Kalau benar-benar uzur tidak mengapa, boleh mengerjakan tawaf dengan berkerusi roda. Tapi awas, mesti tahu tempat bermula niat (Penjuru hajaratul aswad/ditandai lampu hijau) dan tempat akhir (juga lampu hijau) dan jumlah bilangan 7 x pusingan yang dibuat. Memang cepat siap kerana mereka tolak laju-laju. Begitu juga dengan Saei. Setelah selesai tawaf, jemaah wajib mengerjakan saei yang jarak perjalanannya lebih jauh tetapi kesesakannya berkurang sedikit kerana pergerakannya lurus dan sehala. Bermula dari Bukit Sofa hingga ke bukit Marwah, ini dikira satu step. Step yang kedua dari Bukit Marwah ke bukit Sofa. Begitulah seterusnya sehingga tamat 7 kali ulang-alik dan berakhir di bukit Marwah. Fikirkanlah umur dan kecergasan yang kita masih miliki hari ini, dua faktor ini teramat penting demi mengelakkan kejadian yang buruk terjadi semasa melakukan ibadah haji. Satu lagi situasi yang meletakkan faktor tenaga dan kecergasan penting demi melaksanakan haji iaitu semasa melontar jamrah (aqabah, ula, wusta). Bahagian inilah yang kritikal, keselamatan diri mesti diambil berat kerana jemaah lain hanya menjaga diri masing-masing untuk menyelesaikan agenda ibadat mereka. Untuk ibadat melontar perjalanan dari khemah menginap ke jamrah lebih kurang 4 ~ 8 km. Bolehlah menyediakan kasut yang sesuai untuk mengelakkan kaki melecet atau pedih. Pernah berlaku sepasang jemaah yang berhenti sebelum sampai di jamrah kerana isterinya sesak nafas, saudara maranya tidak mempedulikannya dengan teruskan perjalanan. Mujurlah ada beberapa jemaah perempuan indonesia tolong memberikan minum air dan menyapu mukanya dengan air tersebut. Biasalah di dalam keadaan begitu saudara mara pun tak tahu nak buat apa, mereka cuma fikir nak cepat siapkan ibadat.
Oleh itu bawalah keperluan yang secukupkan semasa di sana.


Fikir-fikirkanlah kepada muslimin-muslimat yang mampu dari segi kewangan dan umurpun masih muda. Laksanakanlah Ibadat Haji ketika diri ini masih bertenaga dan cergas zahir dan batin. Janganlah tunggu bongkok atau sendi dah nak ko baru berminat nak mendaftar haji di tabung haji. Mengikut keluhan jemaah haji yang berada di sana (haji 1429H). Nasihat mereka "Datanglah buat haji ketika usia muda, haji tak sama macam umrah, umrah lebih mudah". Umrah boleh dibuat semasa dalam bulan Haji, cuma yang membezakanya ialah ibadat haji ada wuquf dan melontar jamrah. Ada juga jemaah yang dah berumur tapi cukup hebat melaksanakan kerja haji, cukup cergas dan bertenaga. Mereka ini biasanya di kalangan petani, penoreh getah, peraih, pelaut dan yang telah terbiasa dengan kerja lasak. Tapi bagi jemaah yang kerjanya sebagai pegawai kerajaan spt guru, lawyer, kerani kaunter dan yang sebaya dengannya, walaupun muda tapi seolah-olah nampak  kurang stamina.

Walaubagaimanapun berjaya, diterima atau tidak diterima Allah satu-satu ibadah haji itu, ianya bergantung kepada ketentuan Allah swt. Kuat atau lemah tenaga kita itu semua merupakan qada dan qadar Allah yang menjamin kesempurnaan semua ibadat. Sama-samalah berdoa agar setiap gerak langkah kita sentiasa beroleh keredhaan dan rahmat Allah swt.

Comments

hafizm said…
Silalah datang ke http://w3hafizm.blogspot.com dan jadi follower saya....
saya syor kan anda letak ShoutMix Chat.
dan register nuffnang

Popular posts from this blog

DJM2012_NOTA_SISTEM KAWALAN KOMPUTER

JF302 -Bab 2a

JF302 BAB 6- PLASTIK