Posts

Showing posts from 2013

HUKUM WANITA BERKERJAYA BESERTA KEPUTUSAN MAJLIS FIQH DUNIA

  Oleh Zaharuddin Abd Rahman http://www.zaharuddin.net/ Islam membenarkan isteri bekerja tetapi semua kebenaran tadi adalah diikat dengan syarat-syaratnya.  Keharusan ini termasuk dalam umum ayat Allah SWT iaitu :- للرجال نصيب مما اكتسبوا وللنساء نصيب مما اكتسبن Ertinya : "Bagi lelaki bahagian yang ia usahakan dan bagi wanita bahagian yang ia usahakan" ( An-Nisa : 32 ) Nabi SAW pula telah menyebutkan bahawa :- ما أكل أحد طعاما قط خيرا من أن يأكل من عمل يده Ertinya : "Tiada seorang pun yang makan lebih baik dari orang yang makan hasil dari tangannya sendiri" ( Riwayat, Al-Bukhari, no 1966, Fath Al-bari, 4/306) Disebut juga dalam sebuah hadith dhoif : من بات كالاًّ من عمل يده بات مغفورًا له Ertinya : Sesiapa yang tidur dengan keletihan dari kerja tangannya sendiri, ia tidur dalam keadaan diampunkan oleh Allah SWT" ( Riwayat Ibn 'Asakir & At-Tabrani ; Al-Haithami dalam Majma Az-Zawaid : Ramai perawinya tidak

MAJLIS PERPISAHAN.....LOVE PKB

Image
 SELASA, 29 Oktober 2013 merupakan suatu hari yang amat penting buat saya. Seorang sahabat yang amat saya raikan dan   kagumi iaitu Md Baharuddin bin Abdul Rahman dijemput hadir bersama di majlis jamuan makan tengahari di Restoran Syam di Kota Bharu. Majlis ini sengaja dibuat sempena   meraikan perpisahan dengan pelajar Diploma Kejuruteraan Mekanikal   semester akhir (Sem 6). Selama 3 tahun sebagai   Penasihat Akademik mereka dan bagai dah terbiasa dengan tingkah laku   serta   fi'il perangai mereka. Zulkifli Hassan adalah wakil kelas DKM6A.(ore Jeli). Beliau seorang pelajar yang baik dan ‘mudah basso’ sekiranya saya nak buat sesuatu program ‘very selamba’.   Turut hadir sama ialah Tn Haji Dr. Zamri Yusoff.   Beliau dan Md Baharuddin merupakan dua insan terpilih kerana mereka berdualah penggerak utama   dalam urusan RnD, pembentangan paper, penulisan dan penerbitan akedemik JKM di Politeknik Kota Bharu. Md Baharuddin telah berjaya menerbitkan buku dan journal penulisan se