Posts

Showing posts from 2018

MAMA YATI DALAM KENANGAN

Image
Secangkir jernih air mawar mewangi membasahi pusara senja, Meratapi pembaringan sepi sang ratu hati ayah bonda dan dinda, Perginya yang takkan kembali lagi menghiasai taman ceria, Di persada maya yang kian pesat dilanda nesta. Baktimu tiada ketara menghulur seribu satu cakna, Membina sanubari ceria ayah bonda dan dinda, Meredakan semua tutur cemuh tetangga, Menjulang keluarga ke puncak insan dimulia. Walaupun diri tidak seberapa berharta, Istana kecil indah milik ayah bonda, Sungguhmu demi bonda dan dinda    membela, Menjadi insan budiman dan beragama. Anak didikmu bertebaran merata dunia, Bergelar manusia hebat lagi berguna, Kerana usaha gigihmu tak kira masa, Semoga setiap jasamu Allah redha. Wahai semua saudara taulan MAMA YATI, Lantunlah Al Fatihah dengan sebenar-benar menghayati, Hadiahkanlah pahalanya niatkan kepada Ilahi, Semoga setiap doa dan istighfar ini   Allah memberkati. (15 hari telah kembali ke rahmatullah. Menghe

IBU BAPA , GURU, PENSYARAH DAN ANAK DIDIK YANG DISAYANGI

Image
Mendidik manusia bukanlah semudah yang disangka. Seorang zuriat yang dilahirkan adalah amanah yang amat besar anugerah dari Allah swt kepada ibu dan bapa. Ke mana dan bagaimana watak seseorang anak yang terbentuk suatu hari nanti sedikit sebanyak adalah dipengaruhi oleh didikan ibu bapa yang membesarkannya. Watak kasih sayang, belaian manja, bengis garang, lemah lembut, mengarah itu dan ini seorang ayah dan ibu menjadi asam garam dan asin pahit dalam kehidupan mengajar dan belajar seorang anak yang dibimbing demi memastikan mereka menjadi bakal hamba Allah yang berguna serta baik budi dan tinggi akhlak peribadi terhadap sesama insan disekelilingnya. Selain ibu bapa individu yang tidak kurang penting di dalam menyemai sikap dan sifat murni kepada mereka ialah guru-gurunya dari peringkat tadika, sekolah rendah, menengah sehinggalah ke Institut Pengajian Tinggi. Pensyarah dan Penasihat akademik yang mengajar Ilmu dunia dan menasihat mendidik kefahaman agama sedikit sebanyak memban