Tuesday, May 7, 2013

Orang lain tak TAU, tapi Aku tahu apa yang sebenarnya telah aku buat....

Di kisahkan oleh anak saudaraku yang bernama IQBAL (sekarang sedang belajar di Asia Tengah hampir masuk 2 tahun). Semasa dia belajar di Darul Quran, Selangor...seorang ustaz menceritakan suatu kisah seorang kaya raya di negeri Arab..yang amat takut kepada KEMATIAN. justeru itu di ambang kematiannya diwasiatkanlah kepada anakandanya supaya mencari seseorang yang boleh menemaninya di dalam kubur selama 1 hari. Bayaran upah sebanyak mana pun boleh asalkan peneman tersebut setia bersama-samanya selama 1 hari.
Tibalah saatnya KEMATIAN ayahanda tersayang tidak dapat tidak berlaku tanpa dapat dihalang oleh sesiapa, walaupun wang berjuta dan hartabenda bertimbun tidak boleh menolong untuk menebus nyawanya walau satu minit. SUSAH PAYAH lah anakanda orang kaya tersebut mencari dan mendapatkan seorang peneman kubur. ALHAMDULILLAH..ada seorang miskin yang kerjanya mencari kayu api yang amat tekun bekerja mencari kayu api tersebut di hutan setiap hari.

Kubur disediakan 2 liang lahad, satu untuk simati dan satu lagi khas untuk si miskin peneman kubur. Walau bagaimanapun kubur di sana tidaklah sama seperti di sini. Longnya sudah tersedia dan ada penutup di atasnya dan boleh digilirkan sekiranya tempoh masa mayat reput sampai, simati yang lain boleh ambil tempat tersebut. Tidak diketahui sebabnya, samaada tak cukup tempat atau kenapa perkara seumpama itu boleh berlaku. Lepas Isyak si miskin akan bertugas dan bakal mendapat upah yang sangat lumayan pada hari esoknya.

Tiba-tiba bergegarlah bumi kerana didatangi oleh sesuatu yang amat mendebarkan jiwa...Baru sekejap saja peneman berada bersama-sama simayat orang kaya dalam kubur malam tersebut, dah ada sesuatu yang datang yang simiskin tak dapat menduga siapa...

Lalu berlakulah dialog antara simiskin dengan malaikat penjaga kubur...Si miskin tersebut serba salah. Soalan demi soalan ditanyakan kepadanya. Apa kerja, guna apa semasa bekerja, tali mana yang diguna untuk mengikat, dari mana tali ....dan persoalan tersebut tidak berhenti-henti ditanyakan perihal  TALI PENGIKAT KAYU API....dialog tersebut berpanjangan dan belum ditanya lagi fasal KAYU API serta PENDAPATAN UPAH dan sebagainya, masa amat panjang dan persoalan tersebut menyebabkan simiskin terasa teramat SUKAR untuk menjawab dan menjadikan dia amat takut dan tidak tahan lagi untuk SETIA bersama simati.. DIA menjerit TIDAK, TIDAK dan terus meluru keluar dari kubur tersebut lari dan terus lari menyelamatkan diri. Semasa meninggalkan perkuburan itu sembil berlari lintang pukang, simiskin berselisih dengan anakanda simati dan  dipanggil-panggil berulang kali untuk diberikan upah seperti yang dijanjikan. ...namun simiskin tidak mempedulikan apa-apa pun masa itu kerana dia telah dihantui oleh perasaan yang amat mengerikan....Azan FAJAR SODIQ telah mula berkumandang ke angkasa....SUBUH  MELABUHKAN TIRAINYA UNTUK SANG MENTARI MENYINGSING HARI YANG BARU....


MORAL OF THE STORY

Kalau soal jawab perihal seutas tali pengikat kayu api ni je memakan masa yang terrrrsangat lama..INIKAN PULA perkara yang besar-besar??? Dia ni cuma seorang miskin yang kalau ada pun kesalahan tdak melibatkan orang ramai...dia cuma kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Kalau nak dijualkan tali tadi berapa SEN sangat..LAKU KE?... ADA KE orang nak beli??? HARI INI BANYAK PERKARA YANG BESAR-BESAAR BERLAKU....orang -orang kaya serta berada dan lebih berada dari itu BUAT MAIN-MAIN SAJA.....PASAL DOSA DAN PAHALA

RASUAH BERLELUASA....
TIPU-MENIPU BERMAHARAJALELA
FITNAH MEMFITNAH JADI GURAU SENDA
KUASA DIPANDANG PALING UTAMA BERBANDING AGAMA....

OH TUHAN SELAMATKAN LAH KAMI, ANAK ISTERI DAN SELURUH AHLI KELUARGA KAMI  DARI MELAKUKAN SESUATU PERKARA YANG ENGKAU MURKAI.....AMIIIN

Tuesday, April 9, 2013

Rugi-rugi eeee rugi

  Saya nak kongsi satu cerita yang diceritakan oleh En Azmi PKB yang di kisahkan olehnya dari cerita ustaz yang berkuliah kepadanya yang dipetik dari kisah-kisah para sahabat zaman rasulullah saw. Saya rasa teruja dengan kisah ini yang amat bermakna pengajarannya.

Suatu hari Seorang isteri (baru janda setelah kematian suaminya yang tercinta) datang berjumpa rasulullah dan berkeadaan yang runsing dan penuh persoalan dijiwanya tentang peristiwa pelik menimpa suaminya sebelum meninggal dunia. Suaminya sebelum pergi menemui Ilahi telah meninggalkan 3 persoalan yang tidak difahami maksudnya;

1) Rugi kenapa aku beri yang buruk?
2) Rugi kenapa aku beri separuh ?

3) Rugi kenapa sekali saja?

Rasulullah lantas menjawab.

Jawapan-1)Suami mu semasa hayatnya telah berjumpa seorang yang susah dalam kesejukan dimusim sejuk pada waktu malam. Beliau menanggalkan ketiga-tiga baju sejuknya dan memberikan satu bajunya yang paling buruk kepada saudaranya itu.

Jawapan-2) Suatu hari ada seorang fakir miskin datang ke rumahnya untuk mendapatkan makanan tujuan berbuka puasa. Dia bertanya isterinya ada apa di dapur? Isterinya menjawap ada sekeping roti. Lalu dia membahagi 2 roti tersebut dan memberinya kepada peminta yang fakir tadi.

Jawapan -3) Suatu masa dia telah berjalan-jalan dan mendapati ada seorang tua yang hendak melintas jalan. lalu dipimpinnya orang tua itu melintas jalan.


Setelah saat kematiannya, dia telah melihat ganjaran pahala yang diperolehinya. Dan pada pandangannya pada waktu itu sekiranya diberikannya setiap perkara kebaikannya itu melampaui dari apa yang dibuatnya adalah terlebih baik...


IBARAT KEHIDUPAN KITA HARI INI...DI DUNIA MAUPUN DI AKHIRAT ---BANYAK BENAR KERUGIAN.... ESOK KITA SEMUA MUNGKIN MENYESAL DAN MENJADI SEPERTI ORANG INI........

Saya nak kongsi pendengaran saya di Radio IKIM pada hari ahad lepas (7 April 2013) pukul 7.20 pg masa nk gi keja) bersama ustaz Norhisyam Al Idrisiah Tuan Pandang...menterjemahkan ayat ini...

Pada masa muka mereka dibalik-balikkan dalam neraka, mereka berkata (dengan sesalnya):"Alangkah baiknya kalau kami dahulu (semasa di dunia) taat kepada Allah serta taat kepada Rasul Allah.. Dan mereka berkata lagi;"Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak-kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar. "Wahai Tuhan kami, berilah meraka azab sengsara dua kali ganda, dan laknatkanlah mereka dengan laknat yang sebesar-besarnya. (Surah Al Ahzab ayat 67~69)

RUGI-RUGI-RUGI...
FIKIR-FIKIRKAN LAH KAEDAH TERBAIK UNTUK MENDAPAT KEUNTUNGAN DI DUNIA DAN AKHIRAT


Sunday, March 17, 2013

Guru Tua yang Disanjung



Pok Yib Qadah, masya'Allah lama tak jumpa, dulu tinggal di Ajyad Al Masafi, berjiran dgn rumah Sheikh Daud Kelantan...

 ‎[BACA & SEBARKAN] - Inilah beliau Ulama' Solihin Al-Arif Billah Tuan Guru Hj Tayyib Al-Makki,

Beliau di lahirkan pada tahun 1912 .. dan beliau ke Makkah sejak British jejak tanah melayu sehingga ssekarang .. Selama di Makkah , beliau sempat menuntut ilmu degan Masyeikh Makkah yang terkenal antaranya:

-Syeikh Wan Ismail Al-Fathani,
-Syeikh Muhammad Amin Al-Kutbi,
-Syeikh Alawi Abbas Al-Maliki,
-Syeikh Hassan Masyath.. Dll

*Antara rakan seguru beliau d Makkah adalah:

-Tuan Guru Hj Abdul Rahman Awang,pondok Guar kepayang,kedah
-Tuan Guru Hj Soleh Hj Musa,pondok Sik,Kedah,
-Tuan Guru Hj Abdul Rahman Pombing.. Dll

Di Mekah beliau di kenali dengan nama 'Hj Tayyib Roti' keran beliau hanya makan roti.. Akhlak beliau sangat indah .. Beliau mudah di dekati oleh sesiapa pun.. Jika anda meminta nasihat dari beliau .. Nasihat yang bakal beliau beri bertepatan dengan peribadi orang yg meminta nasihat. . Banyak mutiara kata yang di lontarkan oleh beliau..

Ulama hebat berusia 100 tahun ini tinggal bersama isteri dan seorang anaknya di Kampung Asam Jawa daerah Parit Panjang Kedah .. Untuk pergi ke rumah beliau .. Perlu berjalan dikawasan yang dpenuhi dengan hutan iaitu lebih kurang 2 km dari jalan utama .. Subhanallah .. Beliau hidup dengan penuh kezuhudan .. Beliau tidur beralaskan papan keras dan sekapit simen lama sebagai bantal .. Beliau seorang yang menegakkan kebenaran .. Oleh sebab itu orang kampung tidak menyukai beliau .. Malah beliau dihina dengan bermacam macam kata keji seperti orang gila dan seorang yang suka menyekat rezeki orang .. Allahurobbi ..

Walaupun umur beliau sudah pun satu abad .. Subhanallah .. Beliau masih bercucuk tanam .. Mencangkul .. dan apa lebih hebat lagi ... Beliau membina rumahnya itu sendiri dengan tulang empat keratnya .. Allahurobbi .. Untuk ke kedai .. Beliau terpaksa berjalan kaki dari rumahnya hampir 1 km.. Cuba tuan puan bayangkan dengan usianya .. keadaannya beliau terpaksa berjalan kaki .. Subhanallah ..

Diantara Ulama Hebat yang pernah ditemu dan ketemu dengan beliau ialah Habib Umar Bin Hafiz dan Syeikh Nuruddin Marbu Al Banjari Al Makki ..

Sahabatku .. Ulama Solihin ini telah lanjut usia .. Bila bila masa sahaja Allah Taala boleh menjemputnya ke Raudhah .. Selagi masih ada peluang .. selagi masih ada waktu .. ziarahilah beliau .. ciumlah pipi beliau .. peluklah beliau seerat eratnya .. Minta agar beliau mendoakan kesejahteraan kita .. Sampai bila kita ingin mengabaikan sebuah permata ummah ini ..

Wallahualam ..

terima kasih
https://www.facebook.com/tengku.yusuff kerana berkongsi tentang ini.

Tolong sebarkan andai ia mendatangkan manfaat buat kita semua..

Via :-
Serambi Politik

Jubah Ke amenda macam ni




 
Awas: Trend Jubah Muslimah 'Telanjang'

Ketat ! Melekap ! Jubah apa macam ni ?
Semua ini berpunca daripada si designer yang tidak faham apa yang dipanggil busana muslimah.
Sangat sedih bila tengok jualan di mana-mana (kedai/online) banyak yang menjual jubah jenis lycra/spandex.
Itu semua material jenis melekat di badan !

Parah..Kronik..Tak ada malu lagi..Sudah macam porno pula..
Tetapi bertudung..?

Tuesday, February 5, 2013

MELAWAT ROHM WAKO


 
      (Yang pakai baju coklat di tengah-tengah tu Mr. Asuoka, Manager QC)

Setelah meninggalkan Rohm wako pada April 2001. Hari ini hamba datang semula ke tempat  bermulanya karier pekerjaan hamba sebagai seorang Engineer LED. Mengimbau kenangan lama sewaktu itu. Aku dikejutkan dengan suatu mimpi yang aneh iaitu menjadi talibarut jepun di Tanah Melayu atau dalam ertikata lain askar jepun.  Aku bangkit terkejut dari tidur dan terus mencela diriku sendiri kenapa sanggup jadi semacam itu. Beberapa hari kemudian aku dipanggil temuduga ke sana pada Feb 1998. Pada hemat hamba Rohm wako itu kilang perancis atau sebuah industri negara latin dek kerana namanya, namun peripenafsiranku meleset. Rupa-rupanya Rohmwako adalah kilang International yang bermarkaz di Kyoto @ Fukuoka Japan....Barulah hamba sedar mimpi itu merupakan tanda-tanda aku akan diterima bekerja di sana. Dok lah aku kat sana selama 3 Tahun yang kehidupan ku amat sibuk sehingga ada masanya aku terpaksa kena pergi ke kilang hari cuti untuk buat house keeping sebab ada pelawat lebih-lebih lagi costumer penting yang nak jengok kalau ada-ada lagi can nk upload order...SEMOGA SEMUANYA BERJAYA DAN MENDAPAT UNTUNG BESAR DI DUNIA DAN DI AKHIRAT

Siapa Lelaki Dayus ?

Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
Jika sebelum ini saya menulis dua artikel berkenaan aurat dan wanita. Saya juga telah mendedahkan satu email yang mengandungi artikel berkenaan bahaya nafsu lelaki dan sebagai pengetahuan am buat para wanita. Walaubagaimanapun, tidak memadai info-info tersebut tanpa menyentuh satu lagi bab yang amat berkaitan dengannya.
Bab berkenaan suami dan tanggungjawab mereka terhadap isteri mereka dan anak-anak perempuan mereka.
Sebenarnya, bab ini agak panjang kerana terlalu banyak tanggung jawab suami dan ayah terhadap ahli keluarganya. Cuma bagi memudahkan kefahaman, tulisan ringkas ini akan fokus kepada satu isu terlebih dahulu. Iaitu siapa itu lelaki dayus yang dimaksudkan oleh Nabi SAW tidak akan masuk syurga.
Nabi SAW bersabda :-
ثلاثة لا ينظر الله عز وجل إليهم يوم القيامة: العاق لوالديه، والمترجلة، والديوث. رواه أحمد والنسائي
Ertinya : Tiga golongan yang Allah tidak akan melihat (bermakna tiada bantuan dari dikenakan azab) mereka di hari kiamat : Si penderhaka kepada ibu bapa, si perempuan yang menyerupai lelaki dan si lelaki DAYUS" ( Riwayat Ahmad & An-Nasaie: Albani mengesahkannya Sohih  : Ghayatul Maram, no 278 )
Dalam sebuah hadith lain pula :
 ثلاثةٌ قد حَرّمَ اللهُ - تَبَارَكَ وَتَعَالَى - عليهم الجنةَ : مُدْمِنُ الخمر ، والعاقّ ، والدّيّوثُ الذي يُقِرُّ في أَهْلِهِ الخُبْثَ . رواه أحمد والنسائي .
Ertinya : Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga : orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya" ( Riwayat Ahmad )
Malah banyak lagi hadith-hadith yang membawa makna yang hampir dengan dua hadith ini. Secara ringkasnya, apakah dan siapakah lelaki dayus?
ERTI DAYUS
suami tiada kuasa?Dayus telah disebutkan dalam beberapa riwayat athar dan hadith yang lain iaitu :-
1)     Sabda Nabi : -
وعن عمار بن ياسر عن رسول الله قال ثلاثة لا يدخلون الجنة أبدا الديوث والرجلة من النساء والمدمن الخمر قالوا يا رسول الله أما المدمن الخمر فقد عرفناه فما الديوث قال الذي لا يبالي من دخل على أهله
Ertinya : Dari Ammar bin Yasir berkata, ia mendengar dari Rasulullah SAW berkata : " Tiga yang tidak memasuki syurga sampai bila-bila iaiatu Si DAYUS, si wanita yang menyerupai lelaki dan orang yang ketagih arak" lalu sahabat berkata : Wahai Rasulullah, kami telah faham erti orang yang ketagih arak, tetapi apakah itu DAYUS? , berkata nabi : "IAITU ORANG YANG TIDAK MEMPERDULIKAN SIAPA YANG MASUK BERTEMU DENGAN AHLINYA (ISTERI DAN ANAK-ANAKNYA) - ( Riwayat At-Tabrani ; Majma az-Zawaid, 4/327 dan rawinya adalah thiqat)
Dari hadith di atas, kita dapat memahami bahawa maksud lelaki DAYUS adalah si suami atau bapa yang langsung tiada perasaan risau dan ambil endah dengan siapa isteri dan anaknya bersama, bertemu, malah sebahagiannya membiarkan sahaja isterinya dan anak perempuannya dipegang dan dipeluk oleh sebarangan lelaki lain.
 
2) Pernah juga diriwayatkan dalam hadith lain, soalan yang sama dari sahabat tentang siapakah dayus, lalu jawab Nabi:-
قالوا يا رسول الله وما الديوث قال من يقر السوء في أهله
Ertinya : Apakah dayus itu wahai Rasulullah ?. Jawab Nabi : Iaitu seseorang ( lelaki) yang membiarkan kejahatan ( zina, buka aurat, bergaul bebas ) dilakukan oleh ahlinya ( isteri dan keluarganya) 
Penerangan Ulama Tentang Lelaki Dayus
Jika kita melihat tafsiran oleh para ulama berkenaan istilah Dayus, ia adalah seperti berikut :-
هو الذي لا يغار على أهله
Ertinya : "seseorang yang tidak ada perasaan cemburu (kerana iman) terhadap ahlinya (isteri dan anak-anaknya) (An-Nihayah,2/147 ; Lisan al-Arab, 2/150)
Imam Al-‘Aini pula berkata : "Cemburu lawannya dayus" ( Umdatul Qari, 18/228 )
Berkata pula An-Nuhas :
قال النحاس هو أن يحمي الرجل زوجته وغيرها من قرابته ويمنع أن يدخل عليهن أو يراهن غير ذي محرم
Ertinya : cemburu ( iaitu lawan kepada dayus ) adalah seorang lelaki itu melindungi isterinya dan kaum kerabatnya dari ditemui dan dilihat (auratnya) oleh lelaki bukan mahram " (Tuhfatul Ahwazi, 9/357)
Disebut dalam kitab Faidhul Qadir :
فكأن الديوث ذلل حتى رأى المنكر بأهله فلا يغيره
Ertinya : Seolah-olah takrif dayus itu membawa erti kehinaan (kepada si lelaki) sehingga apabila ia melihat kemungkaran (dilakukan) oleh isteri dan ahli keluarganya ia tidak mengubahnya"  ( Faidhul Qadir, 3/327 )
Imam Az-Zahabi pula berkata :-
فمن كان يظن بأهله الفاحشة ويتغافل لمحبته فيها فهو دون من يعرس عليها ولا خير فيمن لا غيرة فيه
Ertinya : Dayus adalah sesiapa yang menyangka ( atau mendapat tanda) bahawa isterinya melakukan perkara keji ( seperti zina) maka ia mengabaikannya kerana CINTAnya kepada isterinya , maka tiada kebaikan untuknya dan tanda tiada kecemburuan ( yang diperlukan oleh Islam) dalam dirinya" ( Al-Kabair, 1/62 )
Imam Ibn Qayyim pula berkata :-
قال ابن القيم وذكر الديوث في هذا وما قبله يدل على أن أصل الدين الغيرة من لا غيرة له لا دين له فالغيرة تحمي القلب فتحمى له الجوارح فترفع السوء والفواحش وعدمها يميت القلب فتموت الجوارح فلا يبقى عندها دفع البتة
Ertinya : Sesungguhnya asal dalam agama adalah perlunya rasa ambil berat (protective) atau kecemburuan ( terhadap ahli keluarga) , dan barangsiapa yang tiada perasaan ini maka itulah tanda tiada agama dalam dirinya, kerana perasaan cemburu ini menjaga hati dan menjaga anggota sehingga terjauh dari kejahatan dan perkara keji, tanpanya hati akan mati maka matilah juga sensitiviti anggota ( terhadap perkara haram), sehingga menyebabkan tiadanya kekuatan untuk menolak kejahatan dan menghindarkannya sama sekali.
Dayus adalah dosa besar
Ulama Islam juga bersetuju untuk mengkategorikan dayus ini dalam bab dosa besar, sehingga disebutkan dalam satu athar :
لَعَنَ اللَّهُ الدَّيُّوثَ ( وَاللَّعْنُ مِنْ عَلَامَاتِ الْكَبِيرَةِ فَلِهَذَا وَجَبَ الْفِرَاقُ وَحَرُمَتْ الْعِشْرَةُ)
Ertinya : Allah telah melaknat lelaki dayus ( laknat bermakna ia adalah dosa besar dan kerana itu wajiblah dipisahkan suami itu dari isterinya dan diharamkan bergaul dengannya) (Matalib uli nuha, 5/320 )
Walaupun ia bukanlah satu fatwa yang terpakai secara meluas, tetapi ia cukup untuk menunjukkan betapa tegasnya sebahagian ulama dalam hal kedayusan lelaki ini.
Petikan ini pula menunjukkan lebih dahsyatnya takrifan para ulama tentang erti dayus dan istilah yang hampir dengannya :
والقواد عند العامة السمسار في الزنى
Ertinya : Al-Qawwad ( salah satu istilah yang disama ertikan dengan dayus) di sisi umum ulama adalah broker kepada zina" (Manar as-sabil, 2/340 , rawdhatul tolibin, 8/186 )
Imam Az-Zahabi menerangkan lagi berkenaan perihal dayus dengan katanya :-
الديوث وهو الذي يعلم بالفاحشة في أهله ويسكت ولا يغار وورد أيضا أن من وضع يده على امرأة لا تحل له بشهوة
Ertinya : Dayus, iaitu lelaki yang mengetahui perkara keji dilakukan oleh ahlinya dan ia sekadar senyap dan tiada rasa cemburu ( atau ingin bertindak), dan termasuk juga ertinya adalah sesiapa yang meletakkan tangannya kepada seorang wanita yang tidak halal baginya dengan syahwat" (Al-kabair, 1/45 )
Cemburu Dituntut Islam  & Jangan Marah
Ada isteri yang menyalahkan suami kerana terlalu cemburu, benar cemburu buta memang menyusahkan, memang dalam hal suami yang bertanya isteri itu dan ini menyiasat, saya nasihatkan agar isteri janganlah memarahi suami anda yang melakukan tindakan demikian dan jangan juga merasakan kecil hati sambil membuat kesimpulan bahawa suami tidak percaya kepada diri anda. Kerap berlaku, suami akan segera disalah erti sebagai ‘tidak mempunyai kepercayaan' kepada isteri.
Sebenarnya, kita perlu memahami bahawa ia adalah satu tuntutan dalam Islam dan menunjukkan anda sedang memiliki suami yang bertanggungjawab dan sedang subur imannya.
Selain itu, bergembiralah sang suami yang memperolehi isteri solehah kerana suami tidak lagi sukar untuk mengelakkan dirinya dari terjerumus dalam lembah kedayusan. Ini kerana tanpa sebarang campur tangan dan nasihat dari sang suami, isteri sudah pandai menjaga aurat, maruah dan dirinya.
Nabi SAW bersabda :
من سعادة ابن آدم المرأة الصالحة 
Ertinya : "Dari tanda kebahagian anak Adam adalah memperolehi wanita solehah ( isteri dan anak)" ( Riwayat Ahmad, no 1445, 1/168 )
Memang amat beruntung, malangnya tidak mudah memperolehi isteri solehah di zaman kehancuran ini, sebagaimana sukarnya mencari suami yang tidak dayus. Sejak dulu, agak banyak juga email dari pelbagai golongan muda kepada saya menyebut tentang keterlanjuran mereka secara 'ringan' dan 'berat', mereka ingin mengetahui cara bertawbat.
'Ringan-ringan' Sebelum Kahwin 
Jika seorang bapa mengetahui 'ringan-ringan' anak  dan membiarkannya, ia dayus. Ingin saya tegaskan, seorang wanita dan lelaki yang telah 'ringan-ringan' atau 'terlanjur' sebelum kahwin di ketika bercinta, tanpa tawbat yang sangat serius, rumah tangga mereka pasti goyah. Kemungkinan besar apabila telah berumah tangga, si suami atau isteri ini akan terjebak juga dengan 'ringan-ringan' dengan orang lain pula.
Hanya dengan tawbat nasuha dapat menghalangkan aktiviti mungkar itu dari melepasi alam rumah tangga mereka. Seterusnya, ia akan merebak pula kepada anak-anak mereka, ini kerana benih 'ringan-ringan' dan 'terlanjur' ini akan terus merebak kepada zuriat mereka. Awas..!!
Dalam hal ini, semua suami dan ayah perlu bertindak bagi mengelakkan diri mereka jatuh dalam dayus. Jagalah zuriat anda.
Suami juga patut sekali sekala menyemak hand phone isteri, beg isteri dan lain-lain untuk memastikan tiada yang diragui. Mungkin ada isteri yang curang ini dapat menyembunyikan dosanya, tetapi sepandai-pandai tupai melompat akhirnya akan tertangkap jua.  Saya tahu, pasti akan ada wanita yang kata.
"habis, kami ini tak yah check suami kami ke ustaz?"
Jawabnya, perlu juga, cuma topic saya sekarang ni sedang mencerita tanggung jawab suami. Maka perlulah saya fokus kepada tugas suami dulu ye.
Cemburu seorang suami dan ayah adalah wajib bagi mereka demi menjaga maruah dan kehormatan isteri dan anak-anaknya.
Diriwayatkan bagaimana satu peristiwa di zaman Nabi
قَالَ سَعْدُ بْنُ عُبَادَةَ : لَوْ رَأَيْتُ رَجُلاً مَعَ امْرَأَتِي لَضَرَبْتُهُ بِالسّيْفِ غَيْرُ مُصْفِحٍ عَنْهُ ، فَبَلَغَ ذَلِكَ رَسُولَ اللّهِ صلى الله عليه على آله وسلم فَقَالَ : أَتَعْجَبُونَ مِنْ غَيْرَةِ سَعْدٍ ؟ فَوَ الله لأَنَا أَغْيَرُ مِنْهُ ، وَالله أَغْيَرُ مِنّي ، مِنْ أَجْلِ غَيْرَةِ الله حَرّمَ الْفَوَاحِشَ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَن.

Ertinya : Berkata Ubadah bin Somit r.a : "Jika aku nampak ada lelaki yang sibuk bersama isteriku, nescaya akan ku pukulnya dengan pedangku", maka disampaikan kepada Nabi akan kata-kata Sa'ad tadi, lalu nabi memberi respond : "Adakah kamu kagum dengan sifat cemburu (untuk agama) yang dipunyai oleh Sa'ad ? , Demi Allah, aku lebih kuat cemburu (ambil endah dan benci demi agama) berbandingnya, malah Allah lebih cemburu dariku, kerana kecemburuan Allah itulah maka diharamkan setiap perkara keji  yang ternyata dan tersembunyi.. " ( Riwayat Al-Bukhari & Muslim )
Lihat betapa Allah dan RasulNya inginkan para suami dan ayah mempunyai sifat protective kepada ahli keluarga dari melakukan sebarang perkara keji dan mungkar, khasnya zina.
BILA LELAKI MENJADI DAYUS?
Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :-
1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.
2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.
3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.
4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.
5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'spoting' yang memahami.
6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.
7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.
8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.
9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.
10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktoraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.
11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.
12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.
13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.
14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.
Terlalu banyak lagi jika ingin saya coretkan di sini. Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit 'dayus' kepad dirinya.
Mungkin kita akan berkata dalam hati :-
" Jika demikian, ramainya lelaki dayus di kelilingku"
Lebih penting adalah kita melihat, adakah kita sendiri tergolong dalam salah satu yang disebut tadi.
Awas wahai lelaki beriman..jangan kita termasuk dalam golongan yang berdosa besar ini.
Wahai para isteri dan anak-anak perempuan, jika anda sayangkan suami dan bapa anda, janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori DAYUS yang tiada ruang untuk ke syurga Allah SWT.
Sayangilah dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.
Akhirnya, wahai para suami dan ayah, pertahankan agama isteri dan keluargamu walau terpaksa bermatian kerananya. Nabi SAW bersabda :
من قتل دون أهله فهو شهيد
Ertinya : "Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid" ( Riwayat Ahmad , Sohih menurut Syeikh Syuaib Arnout)
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
17 Julai 2007
p/s : Diizinkan pembaca menyebarkan tulisan ini sejauh mana yang mungkin demi manfaat para lelaki yang berhasrat menjadi penghuni Syurga.

Monday, January 28, 2013

Politeknik Kota Bharu JUARA IKON VARSITI BH 2012


            

One Mission Polytechnic telah berjaya dinobatkan selaku JUARA Ikon Varsiti Berita Harian 2012 Kategori Kumpulan Program Khidmat Sosial Luar Negara yang membawa pulang hadiah wang Tunai RM 5000, Trofi serta Sijil anjuran Kementerian Pengajian Tinggi dengan kerjasama Berita Harian. Kemenangan ini telah diadili menerusi undian pembaca setia Berita Harian serta Majlis Profesor Negara (MPN). Peserta telah menganjurkan program Sukarelawan Politeknik Malaysia Peringkat Antarabangsa 2011 pada 5-10 Disember 2011 bertempat di Kampung Croi Menteri Phnom Penh Cambodia. Peserta telah berjaya mencipta dan membina 3 set penapis air bagi kemudahan secara berterusan kepada hampir 6000 penduduk yang sebelum ini hanya menggunakan bekalan air daripada Sungai Mekong yang kotor dan keruh. Menerusi program inovasi pintar ini maka penduduk dapat menikmati air bersih serta menjana pendapatan Tabung Masjid. Pihak penganjur program ini merakamkan jutaan terima kasih kepada YB Menteri Pengajian Tinggi kerana telah memberi sokongan kuat kepada kami untuk meneruskan misi KPT ke arah melahirkan modal insan yang berguna. Ucapan Terima Kasih juga diajukan kepada YBhg. Ketua Setiausaha KPT di atas kerjasama serta bimbingan kepada kami untuk menyebarluas program kesukarelawan yang banyak memberi keinsafan serta keihklasan dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan. Terima Kasih juga kepada Yang Berusaha Tuan Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik kerana memberi kepercayaan untuk kami melaksanakan program dengan jayanya. Sesungguhnya dengan kejayaan ini kami akan terus berusaha membantu Politeknik dan KPT mempromosikan Program Kesukarelawan.

Disediakan oleh: WAN ZUHARI

MAHAZARI DALAM KENANGAN






Pada Rabu, 26 Disember 2012, merupakan suatu hari yang penuh  nostalgia buat seluruh staf JKM dan semua warga PKB amnya.  Mantan Ketua Jabatan yang amat dikagumi serta dikasihi  Tn. Hj Mahazari Mohd Zain  bersama  4 orang staf JKM yang juga diraikan; En. Nik Dazuki Abd Rashid, En. Remly Othman, En. Zamri Ahmad dan Isteri, Pn Halimah akan berpindah dari PKB hujung tahun ini. Majlis perpisahan tersebut berlangsung secara sederhana tapi penuh syahdu di Restoran New Horizon Wakaf Che Yeh pada 12.00 tgh  dan  turut dihadiri oleh Tn. Haji Azahan Daud,Timbalan Pengarah (Sokongan) serta hampir keseluruhan warga jkm bersama turut menyerikan majlis. Haji Mahazari (15 tahun khidmat di PKB) memberi beberapa pesanan agar warga sama-sama meningkatkan amalan agama masing-masing  terutamanya solat. Rancanglah sembahyang  berjemaah di masjid bilamana azan dilaungkan. Singgahlah dirumah Allah untuk solat sekejap walaupun kita dalam perjalanan. Perkara kedua ialah solat hajat, perlulah solat hajat setiap hari bukannya bermusim seperti semasa anak periksa, masuk ‘u’ dan lain-lain. Solat hajat memberi gambaran serta kesedaran hati ini bahawa kita perlu kepada Allah setiap masa. Kita mesti rasa Kita terlebih perlu kepada Allah sentiasa, meminta kepada Allah selalu. Sebaliknya siapalah Allah yang perlu sangatkah kepada kita???. Lama sudah kita menumpang dibumi ini dan solat yang perlu kita jaga dan buat ini, seeloknya kita kena berkira-kira  juga. Staf yang lain mengucapkan kemaafan dan terimakasih kepada sekelian hadirin. Mereka pergi membawa bersama berjuta kenangan manis dan pahit di PKB. Apa yang mahal ialah ilmu pengalaman di dada mereka  amat tidak ternilai, tidak boleh dibayar dengan wang ringgit, emas berlian. Penggantinya amat sukar dicari apatah lagi kemahiran dan pengetahuan orang-orang lama ini dalam kejuruteraan elektronik kenderaan En Nik Dazuki, dan pengurusan networking & agriculture En. Remly akan tinggal kenangan bersama-sama mereka di tempat baru nanti. Selamat Jalan, Semoga berada dalam peliharaan Allah sentiasa dan semoga maju jaya.

SIAPAKAH YANG DIALUN BAYU


Seorang pendekar memiliki satu ilmu menunduk lawan secara kekerasan seolah-olah ilmunya itu membentuk satu pukulan taufan yang deras mengenai sasaran yang akhirnya lawan tersebut akan mudah kecundang dengan pukulan yang amat dahsyat itu sehingga jasad lawan dilambung-lambung dan dihempas hingga berkecai-kecai. Manakala seorang pendekar lagi tidak memiliki kelebihan zahiriah seperti pendekar pertama cuma pandai bermain muzik menggunakan siulan mulut yang akan mengasyikkan telinga dan hati sesiapa saja yang mendengarkannya. Pendekar pertama mencabar pendekar kedua, namun pendekar kedua menolaknya kerana buat apa nak berlawan kerana mereka semua saudara seislam...tak baik bermusuh-musuhan...Islam melarangnya.

Ketika mereka mencari jalan bagaimana nak menentukan siapakah yang lebih handal dalam ilmu persilatan tiba-tiba terdengarlah seekor beruk menjerit dan melompat-lompat di atas pokok durian bersebelahan dengan mereka berdiri. Pendekar pertama dengan bangga menawarkan kepada pendekar kedua supaya menjatuhkan atau menewaskan dahulu beruk tadi. Pendekar kedua terus mempersilakan pendekar pertama memulakan dahulu sesi uji bakat kehandalan ilmu silat yang ada. Tanpa melengahkan masa pendekar pertama menghantar jurus pukulan pertama kepada beruk tersebut, namun beruk dapat mengelak. Berguguran durian yang masih putik bergelimpangan ke bumi. Beruk tadi sempat bergayut di dahan pokok yang bersebelahan melarikan diri. Dipendekkan cerita....sudah 10 jurus dikeluarkan untuk menewaskan beruk bertuah itu namun pendekar pertama semakin merasa malu kerana kehandalannya kini tercalar akibat kesilapan dan keangkuhannya tidak mujarab hari itu. Lalu pendekar pertama mempersilakan pula pendekar kedua mencuba nasib yang belum tentu berhasil ataupun sebaliknya.

Pendekar kedua mengeluarkan sesuatu dari bungkusan yang dibawanya. Rupa-rupanya ada sesikat pisang jelai yang sungguh sedap jika dimakan begitu saja.... Dia bersiul-siul memanggil beruk tersebut dan mempamerkan dirinya sebagai kawan bukannya musuh. Dicampakkan pisang sebiji demi sebiji.  Beruk tadi amat gembira dan terus makan dengan gelojoh satu demi satu. Pendekar kedua terus memainkan peranannya bersiul memainkan lagu syahdu menghiburkan hati sesiapa yang mendengarnya termasuklah beruk terus dibuai bayu lagu syahdu sehingga kedua-dua mata beruk menjadi kuyu dan semakin kuyu dan akhirnya....tiba-tiba bedebuk seekor beruk yang liar tadi sudah hilang tuahnya...mati terbunuh dek jatuh dari pokok durian...

Manusia sekarang seperti cerita ini, Di Syiria, Palestine, Afganistan dan lain-lain negara bergolak dengan peperangan dan penindasan. sentiasa diburu rasa takut. Wanita-wanita dipaksa oleh tentera zionis menanggalkan pakaian dan ada yang dibogelkan kerana dituduh menyimpan senjata ditubuh mereka. Mahu tidak mahu apabila senjata api dihala ke kepala, terpaksa merelakan diperapa-apakan saja asalkan nyawa selamat. Budak-budak mereka amat berani mengadai nyawa demi agama dan bangsa..mereka mati terbunuh akibat dibedil sewenang-wenangnya. Mereka berani melawan sedaya upaya dan sanggup mati asalkan maruah tidak tergadai. Biar senjata hebat macamana sekali pun mereka terus berjuang hingga ke titisan darah terakhir

Di sini lain pula ceritanya, ramai mati kerana kecelakaan di jalan raya. Bebudak yang lahir tanpa bapa yang sah dicampak merata-rata. Tak kira di masjid, dalam tandas, bersama sampah disungai dan lain-lain lagi. Kalau dengar suara mengiau-ngiau jangan dituduh kucing, baik pergi intai dulu... anak kucing ke atau anak manusia. Sayu sungguh rasa di jiwa. Wanita-wanita tak kira yang bekerja atau ada dok di rumah sajjo. Bila keluar rumah tak ada siapa suruh bogel atau belah sana sini..tak ada zionis hala muncung senjata di kepala nak check ada pistol ke atau bom ker dalam kain dan lain-lain.. Mereka senang lenang membuka dada dan peha mereka suruh jantan tengok.. Kalau tak naik perasaan "raaa" tu mungkin kurang lelaki lah apatah lagi bila terjelas susuk tertentu tu yang putih melepak dan bergebu ......

Marilah kita sama-sama hitung diri kita semua yang rata-rata telah terleka dengan alunan bayu barat yang amat mengasyikkan hingga terlupa SIAPAKAH DIRI INI YANG SEBENARNYA.

Tuesday, December 11, 2012

Hukum Wanita Kerjaya Beserta Keputusan Majlis Fiqh Dunia



Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
Islam membenarkan isteri bekerja tetapi semua kebenaran tadi adalah diikat dengan syarat-syaratnya. 
Keharusan ini termasuk dalam umum ayat Allah SWT iaitu :-
للرجال نصيب مما اكتسبوا وللنساء نصيب مما اكتسبن
Ertinya : "Bagi lelaki bahagian yang ia usahakan dan bagi wanita bahagian yang ia usahakan" ( An-Nisa : 32 )
Nabi SAW pula telah menyebutkan bahawa :-
ما أكل أحد طعاما قط خيرا من أن يأكل من عمل يده
Ertinya : "Tiada seorang pun yang makan lebih baik dari orang yang makan hasil dari tangannya sendiri" ( Riwayat, Al-Bukhari, no 1966, Fath Al-bari, 4/306)
Disebut juga dalam sebuah hadith dhoif :
من بات كالاًّ من عمل يده بات مغفورًا له
Ertinya : Sesiapa yang tidur dengan keletihan dari kerja tangannya sendiri, ia tidur dalam keadaan diampunkan oleh Allah SWT" ( Riwayat Ibn 'Asakir & At-Tabrani ; Al-Haithami dalam Majma Az-Zawaid : Ramai perawinya tidak aku kenali )
Justeru, bekerja dan mencari nafqah adalah wajib bagi lelaki yang tiada sebarang keuzuran tubuh dan aqal bagi menanggung isteri dan keluarganya manakala wanita pada asasnya, hukum Islam meletakkannya untuk berperanan di rumah dan keluarga bagaimanapun wanita tidak dilarang bekerja di luar rumah jika terdapat keperluan serta mampu menepati syarat-syarat yang ditetapkan Islam. Isu ini tidak dibincangkan meluas di zaman Nabi atau sahabat kerana terlalu kurang keperluan untuk itu pada zaman tersebut ( Nizam Al-Usrah, Dr Uqlah Al-Ibrahim, 2/280)

Sejarah Wanita Bekerja di Zaman Nabi
Kebanyakan wanita di zaman Nabi dahulu tidak bekerja di luar rumah dan hanya bekerja di sekitar rumahnya sahaja. Cuma sebahagian waniat islam adakalanya bertugas di luar rumah sekali sekala berdasarkan keperluan.
Ummu Atiyah sebagai contoh yang bertugas menguruskan jenazah wanita Islam di Madinah, merawati lelaki yang cedera di medan peperangan disamping itu menyediakan makanan buat pejuang-pejuang Islam.
Termasuk juga adalah Rufaydah Al-Aslamiyyah, yang merupakan doktor wanita Islam pertama yang mana Nabi SAW menyediakan sebuah khemah khas di masjid Nabi untuk tujuan rawatan bagi pejuang Islam yang cedera ketika peperangan 'Khandaq'.
Demikian juga Ar-Rabaiyyi` bint Mu`awwiz and Umm Sulaim yang bertugas di luar rumah untuk memberi minuman dan makanan kepada pejuang. Ash-Shifa' binti `Abdullah pula pernah bertugas sebagai guru yang mengajar wanita-wanita islam membaca dan menulis di ketika baginda nabi Muhammad SAW masih hidup.
Umm Mihjan pula bertugas sebagai pembantu membersihkan masjid nabi sehingga ketika ia meninggal dunia, nabi tercari-carinya dan diberitahu kemudiannya, ia telah meninggal dunia. Sebagai penghormatan, baginda Nabi SAW pergi di kuburnya lalu menunaikan solat jenazah buatnya.
Selain itu, Khalifah `Umar ibn Al-Khattab juga pernah melantik wanita bernama Ash-Shifa' untuk menjalankan tugas al-hisbah atau 'Shariah auditor' di pasar di ketika itu bagi memastikan ia dijalankan menepati Shariah.
Semua ini menunjukkan keharusannya, cuma semua keharusan tadi diikat dengan syarat tertentu sebagaimana yang disebut oleh Prof. Dr Md Uqlah Al-Ibrahim antaranya ( Nizam Al-Usrah, 2/282 ; Al-Mar'ah Bayna Al-bayt Wal Mujtama', hlm 18) :-
1) Terdapat keperluan : menyebabkan ia terpaksa keluar dari tanggungjawab asalnya (iaitu peranan utama kepada rumahtangga) seperti :-
a- Kematian suami dan memerlukan belanja kehidupan.
b- Memberikan bantuan kepada dua ibu bapa yang sangat miskin atau suami yang uzur tubuhnya.
c- Membantu bisnes suami yang memerlukan banyak tenaga dan kos.
d- Mempunyai keistemewaan yang hebat sehinggakan kemahiran ini sangat diperlukan oleh masyarakat umumnya.
2) Mestilah kerja ini bersesuaian dengan fitrah seorang wanita dan kemampuan fizikalnya.
3) Mestilah keluarnya untuk bekejra dengan menutup aurat dan sentiasa menjauhi fitnah di tempat kerja.
4) Mestilah kerjanya tidak memerlukannya berdua-duanya dan bercampur baur dengan lelaki.
Sebagaimana antara dalil yang menunjukkan keperluan untuk tidak bercampur dan berasak-asak dengan kumpulan lelaki sewaktu bekerja adalah firman Allah SWT :-
وَلَمَّا وَرَدَ مَاء مَدْيَنَ وَجَدَ عَلَيْهِ أُمَّةً مِّنَ النَّاسِ يَسْقُونَ وَوَجَدَ مِن دُونِهِمُ امْرَأتَيْنِ تَذُودَانِ قَالَ مَا خَطْبُكُمَا قَالَتَا لَا نَسْقِي حَتَّى يُصْدِرَ الرِّعَاء وَأَبُونَا شَيْخٌ كَبِيرٌ
Ertinya : "Dan tatkala ia ( Musa a.s) sampai di sumber air negeri Mad-yan ia menjumpai di sana sekumpulan orang (lelaki) yang sedang meminumkan (ternaknya), dan ia mendapati di belakang lelaki-lelaki itu, ada dua orang wanita yang sedang memegang (ternaknya dengan terasing dari lelaki).
Musa berkata: ""Apakah maksudmu (dengan berbuat begitu)?"" Kedua wanita itu menjawab: ""Kami tidak dapat meminumkan (ternak kami), sebelum pengembala-pengembala itu memulangkan (ternaknya), sedang bapak kami adalah orang tua yang telah lanjut umurnya" (Al-Qasas : 24 )
5)  Mendapat izin wali atau suami.
6) Mestilah kerjayanya tidak menyebabkan terganggu dan terhentinya tanggung jawab di rumah terhadap anak serta suami. (Nazarat Fi Kitab As-Sufur, hlm 84)
7) Tujuan dan niat utama bekerja bukanlah kerana keasyikan dan keghairahan kepada mengumpul harta dan niat semata-mata menyaingi lelaki.
8)  Mestilah berhenti sekiranya terdapat keperluan dan kecatatan dalam pendidikan anak-anak.
9) Digalakkan ianya dilakukan dalam tempoh tertentu sahaja dan bukan selama-lamanya sehingga pencen. Sepatutnya berhenti sejurus suami mempunyai kemampuan menanggung seluruh keluarga dengan baik. Kecuali jika mempunyai kualiti yang amat diperlukan oleh masyarakat umum.
Sebagai panduan buat suami isteri bekerja, disertakan keputusan majlis Fiqh Sedunia tentang perkara berkaitan.
Keputusan Majlis Fiqh Sedunia dalam persidangan yang ke-16  bertempat di Dubai pada 9-14 April 2005 telah membuat ketetapan seperti berikut :-
1.       Pemisahan tanggungan harta di antara suami isteri
Isteri mempunyai kelayakan sepenuhnya dan hak harta yang tersendiri. Menurut hukum Shariah, isteri mempunyai hak penuh terhadap (harta) yang diusahakan, samada untuk menggunakannya, memiliki sesuatu, membelanjakannya sementara suami tidak punyai sebarang berkuasa ke atas harta isterinya itu. Isteri juga tidak perlu mendapat izin suami dalam pemilikan hartanya itu dan cara belanjakannya.

2.       Nafkah perkahwinan
Seorang isteri berhak menerima nafkah yang telah ditetapkan mengikut kemampuan suami bersesuaian dengan uruf yang benar juga kebiasaan masyarakat setempat yang diterima syara'. Kewajipan memberi nafkah ini tidak gugur kecuali jika berlaku nusyuz (di pihak isteri).

3.       Isteri keluar bekerja
·          Tanggungjawab asas bagi seorang isteri ialah mengurus keluarga, mendidik anak-anak dan memberi sepenuh perhatian terhadap generasi masa depan itu. Walaubagaimanapun, di ketika perlu, isteri berhak untuk bekerja dalam bidang yang bersesuaian dengan tabiat dan kemahirannya menurut uruf yang diiktiraf syara' dengan syarat hendaklah dia beriltizam (menjaga) hukum-hukum agama.
·          Kewajipan suami memberi nafkah kepada isteri yang berkerja tidak gugur menurut Islam, selagi mana tidak berlaku ketika keluarnya isteri tersebut untuk bekerja menyebabkan berlakunya isteri 'nusyuz', tatkala itu gugur kewajipan suami memberi nafkah kepada isterinya yang nusyuz.

4.       Isteri turut serta membiayai perbelanjaan keluarga
·          Menurut pandangan Islam, dari awal mula lagi, isteri tidak wajib berkongsi peranan membiayai nafkah (perbelanjaan) yang diwajibkan ke atas suami. Suami juga tidak harus mewajibkan isteri membantunya (dengan bekerja).
·          Kerelaan seorang isteri untuk turut berperanan membantu perbelanjaan keluarga merupakan suatu perkara dibenarkan menurut pandangan syara' demi menjayakan makna bantu membantu dan bertolak ansur di antara suami isteri.
·          Diharuskan untuk membuat persefahaman dan persepakatan di antara suami isteri akan cara pengurusan pendapatan merkea termasuk pendapatan yang diperolehi oleh isteri.
·          Jika keluarnya isteri bekerja memerlukan kos tambahan, maka isteri menanggung sendiri kos tersebut ( seperti pengangkutan dan lain-lain)
5.       Kerja Sebagai Syarat
·          Seorang isteri dibenarkan untuk meletakkan syarat pada akad perkahwinannya bahawa ia hendaklah dibenarkan bekerja, apabila suami redha dengan syarat itu, ia menjadi kemestian baginya untuk membenarkan (setelah kahwin). Syarat itu hendaklah dinyatakan secara jelas ketika akad.
·          Suami pula harus meminta isteri meninggalkan kerjayanya walaupun sebelum ini ia membenarkannya, iaitu sekiranya meninggalkan pekerjaan itu dibuat atas tujuan kepentingan keluarga dan anak-anak.
·          Tidak harus, pada pandangan syara' bagi seorang suami untuk menjadikan keizinannya kepada isteri untuk bekerja dengan syarat isteri hendaklah membantu perbelanjaan keluarga yang diwajibkan ke atas suami; tidak harus juga suami mensyaratkan isteri memberi sebahagian daripada pendapatannya kepada suami.
·          Suami tidak boleh memaksa isteri untuk keluar bekerja.

6.       Perkongsian isteri dalam pemilikan harta
Apabila isteri benar-benar turut menyumbang harta dan pendapatannya bagi mendapatkan dan memilki rumah, aset tetap atau sebarang projek perniagaan, ketika itu isteri mempunyai hak perkongsian pemilikan terhadap rumah atau projek tersebut mengikut kadar harta yang disumbangkannya.

7.       Penyalahgunaan hak dalam bidang pekerjaan
·          Sebuah perkahwinan itu mempunyai beberpaa kewajiban bersama yang patut ditanggung oleh pasangan suami isteri dan ia ditentukan oleh Shariah Islam dengan jelas. Justeru hendaklah perhubungan antara suami isteri dibina adalah landasan keadilan, tolak ansur dan saling menyayangi. Sebarang tindakan yang melangkaui batasan berkenaan adalah haram pada kacamata syara'.
·          Seorang suami tidak harus menyalahgunakan haknya sebagai suami untuk menghalang isteri bekerja atau memintanya meninggalkan kerjayanya sekiranya ia hanya bertujuan untuk memudaratkannya (isteri) atau diyakini tindakan itu hanya akan menyebabkan keburukan melebihi kepentingan yang diperolehi.
·          Demikian juga halnya ke atas isteri (tidak harus menyalahgunakan keizinan dan hak yang diberikan), iaitu jika ia berterusan dengan kerjayanya hingga menyebabkan mudarat kepada suami dan keluarga atau melebihi maslahat yang diharapkan.  Tamat terjemahan
Kesimpulan saya
·         Fitrah wanita menuntut perhatian utama mereka untuk suami, anak dan keluarga. Dan silibus kejayaan mereka adalah dalam bidang ini.
·         Wanita dibenarkan bekerja jika keperluan yang disebutkan di atas benar-benar berlaku.
·         Walaupun wanita dibenarkan bekerja, ia tidak bererti suami boleh duduk berehat jaga anak di rumah. Sepatutnya suami perlu meningkatkan kualiti diri untuk lebih kehadapan sehingga boleh menanggung keluarga tanpa bantuan isteri.
·         Suami isteri bekerja adlaah diterima dalam Islam selagi mereka tahu dan bijak merancang pendidikan dan penjagaan anak-anak dan tidak digalakkan isteri berterusan bekerja tanpa sebab-sebab yang mendesak. Sekadar disandarkan oleh perasaan untuk lebih bermewah dan mudah membeli belah (sehingga mengadaikan masa depan anak dan keluarga) dengan menggunakan duit sendiri adalah tidak diterima oleh Islam.
·          Menurut Syeikh Prof Dr Md 'Uqlah, tugas asasi wanita adalah amat besar iaitu sebagai penentu dan pencipta kerjaya seluruh manusia ( menurut asbab kepada hukum alam ),
·          Komen saya : ini kerana mereka diberikan kedudukan oleh Islam untuk mencorak segala pemimpin lelaki masa akan datang iaitu dari kecil hingga besar. Malangnya mereka tidak menganggap besar dan mulianya tugasan itu sehingga mereka mencari kerjaya di luar rumah yang menghasilkan sedikit gaji yang dicintainya. Justeru, kembalilah sebagai pencipta kejayaan lelaki dan wanita dari rumah. Ia adalah silibus kejayaan wanita dalam Islam.
Sekian,
Zaharuddin Abd Rahman
http://www.zaharuddin.net/
24 Ogos 2007
11 Syaaban 1428 H
Berikut adalah teks arab keputusan Kesatuan Fiqh Sedunia :-
وقد ناقش مجمع الفقه الإسلامي في دورته السادسة عشرة هذا الموضوع ، وخرج بهذا القرار:-
إن مجلس مجمع الفقه الإسلامي الدولي المنبثق عن منظمة المؤتمر الإسلامي المنعقد في دورته السادسة عشرة بدبي ( دولة الإمارات العربية المتحدة ) من 30 صفر إلى 5 ربيع الأول 1426هـ ، الموافق 9 - 14 نيسان ( أبريل ) 2005م ،
بعد اطلاعه على البحوث الواردة إلى المجمع بخصوص موضوع اختلافات الزوج والزوجة الموظفة ، وبعد استماعه إلى المناقشات التي دارت حوله ،

قرر ما يأتي :
أولاً : انفصال الذمة المالية بين الزوجين :
للزوجة الأهلية الكاملة والذمة المالية المستقلة التامة ، ولها الحق المطلق في إطار أحكام الشرع بما تكسبه من عملها ، ولها ثرواتها الخاصة ، ولها حق التملك وحق التصرف بما تملك ولا سلطان للزوج على مالها ، ولا تحتاج لإذن الزوج في التملك والتصرف بمالها .

ثانياً : النفقة الزوجية :
تستحق الزوجة النفقة الكاملة المقررة بالمعروف ، وبحسب سعة الزوج وبما يتناسب مع الأعراف الصحيحة والتقاليد الاجتماعية المقبولة شرعاً ، ولا تسقط هذه النفقة إلا بالنشوز .

ثالثاً : عمل الزوجة خارج البيت :
(1) من المسؤوليات الأساسية للزوجة رعاية الأسرة وتربية النشء والعناية بجيل المستقبل ، ويحق لها عند الحاجة أن تمارس خارج البيت الأعمال التي تتناسب مع طبيعتها واختصاصها بمقتضى الأعراف المقبولة شرعاً مع طبيعتها واختصاصها بشرط الالتزام بالأحكام الدينية ، والآداب الشرعية ، ومراعاة مسؤوليتها الأساسية .
(2) إن خروج الزوجة للعمل لا يسقط نفقتها الواجبة على الزوج المقررة شرعاً ، وفق الضوابط الشرعية ، ما لم يتحقق في ذلك الخروج معنى النشوز المُسقط للنفقة .

رابعاً : مشاركة الزوجة في نفقات الأسرة :
(1) لا يجب على الزوجة شرعاً المشاركة في النفقات الواجبة على الزوج ابتداء ، ولا يجوز إلزامها بذلك .
(2) تطوع الزوجة بالمشاركة في نفقات الأسرة أمر مندوب إليه شرعاً لما يترتب عليه من تحقيق معنى التعاون والتآزر والتآلف بين الزوجين .
(3) يجوز أن يتم تفاهم الزوجين واتفاقهما الرضائي على مصير الراتب أو الأجر الذي تكسبه الزوجة .
(4) إذا ترتب على خروج الزوجة للعمل نفقات إضافية تخصها فإنها تتحمل تلك النفقات .

خامساً : اشتراط العمل :
(1) يجوز للزوجة أن تشترط في عقد الزواج أن تعمل خارج البيت فإن رضى الزوج بذلك ألزم به ، ويكون الاشتراط عند العقد صراحة .
(2) يجوز للزوج أن يطلب من الزوجة ترك العمل بعد إذنه به إذا كان الترك في مصلحة الأسرة والأولاد .
(3) لا يجوز شرعاً ربط الإذن ( أو الاشتراط ) للزوجة بالعمل خارج البيت مقابل الاشتراك في النفقات الواجبة على الزوج ابتداء أو إعطائه جزءاً من راتبها وكسبها .
(4) ليس للزوج أن يُجبر الزوجة على العمل خارج البيت .

سادساً : اشتراك الزوجة في التملّك :
إذا أسهمت الزوجة فعلياً من مالها أو كسب عملها في تملك مسكن أو عقار أو مشروع تجاري فإن لها الحق في الاشتراك في ملكية ذلك المسكن أو المشروع بنسبة المال الذي أسهمت به .

سابعاً : إساءة استعمال الحق في مجال العمل :
(1) للزواج حقوق وواجبات متبادلة بين الزوجين ، وهي محددة شرعاً وينبغي أن تقوم العلاقة بين الزوجين على العدل والتكافل والتناصر والتراحم ، والخروج عليها تعدٍ محرم شرعاً .

(2) لا يجوز للزوج أن يسيء استعمال الحق بمنع الزوجة من العمل أو مطالبتها بتركه إذا كان بقصد الإضرار ، أو ترتب على ذلك مفسدة وضرر يربو على المصلحة المرتجاة .
ينطبق هذا على الزوجة إذا قصدت من البقاء في عملها الإضرار بالزوج أو الأسرة أو ترتب على عملها ضرر يربو على المصلحة المرتجاة منه .

Entri Yang Tak Serius Mana

TARIKH HARI INI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...