Posts

Showing posts from July 15, 2012

SELAMAT MENYEMPURNAKAN IBADAT DI BULAN RAMADHAN AL MUBARAK

Salam berbahagia untuk semua umat nabi Muhammad Saw, Di hari baik dan bulan baik pada tahun 1433 Hijrah ini, mudah-mudahan kita sempat meneruskan lagi rutin kita sebagai seorang hamba Allah SWT, melaksanakan ibadah yang terbaik untuk memastikan Allah redha dan menerima kita sebagai seorang hamba yang taat dan layak bagi ditempatkan kita ke SyurgaNya kelak. Sebenarnya untuk apa kita semua berlomba-lomba mengejar masa melakukan ibadat yang berganda-ganda pada ramadhan ini? Apakah kita buat sekadar ikut-ikutan atau untuk dipertontonkan kepada kawan dan jiran kita bahawa, bulan inilah ibadat yang sebenar-benarnya patut kita perbanyakkan.  Berpenat lelah siang hari berpuasa dan di malamnya pula bertarawikh. Untuk mendapat pahala bukan sesuatu yang mudah. Sekiranya kita membuat sesuatu perkara ibadat tanpa mengetahui kaedah dan tujuannya yang sebenar. maka ibadat itu seolah-olah tidak ada makna apa-apa dan yang dapat pada kita cuma penat dan lapar atau bersuka-suka sahaja. Bukan ibada