SELAMAT MENYEMPURNAKAN IBADAT DI BULAN RAMADHAN AL MUBARAK

Salam berbahagia untuk semua umat nabi Muhammad Saw,

Di hari baik dan bulan baik pada tahun 1433 Hijrah ini, mudah-mudahan kita sempat meneruskan lagi rutin kita sebagai seorang hamba Allah SWT, melaksanakan ibadah yang terbaik untuk memastikan Allah redha dan menerima kita sebagai seorang hamba yang taat dan layak bagi ditempatkan kita ke SyurgaNya kelak.

Sebenarnya untuk apa kita semua berlomba-lomba mengejar masa melakukan ibadat yang berganda-ganda pada ramadhan ini? Apakah kita buat sekadar ikut-ikutan atau untuk dipertontonkan kepada kawan dan jiran kita bahawa, bulan inilah ibadat yang sebenar-benarnya patut kita perbanyakkan.  Berpenat lelah siang hari berpuasa dan di malamnya pula bertarawikh.

Untuk mendapat pahala bukan sesuatu yang mudah. Sekiranya kita membuat sesuatu perkara ibadat tanpa mengetahui kaedah dan tujuannya yang sebenar. maka ibadat itu seolah-olah tidak ada makna apa-apa dan yang dapat pada kita cuma penat dan lapar atau bersuka-suka sahaja. Bukan ibadat sahaja...bahkan semua perkara dalam kehidupan kita sekiranya kita laksanakan tanpa ilmu yang benar mengakibatkan badan tercedera atau alat yang kita guna rosak binasa. Sebagai contoh; untuk menaiki motosikal, banyak perkara mesti kena belajar iaitu cara mengseimbangkan badan, cara tukar gear, clutch, menekan brek dan banyak lagi. Kalau kita terus bawa motosikal dengan cuma lihat orang buat tetapi tak belajar atau tak tanya orang yang dah pandai dan berpengalaman menunggang motosikal, kita akan meletakkan diri kita di dalam bahaya. Kalau tak langgar tiang pun, motosikal jatuh ke dalam parit.

Ibadat ini adalah tuntutan Ilahi kepada setiap individu muslim. Ada beberapa kategori hukum dalam ibadat iaitu wajib, sunat, harus, makruh, haram dan halal. Kita mesti arif tentang kategori  mana ibadat yang kita buat. Pada hakikatnya semua ibadat yang diwajibkan kita melakukannya adalah perintah Allah SWT. Kita mesti berpegang kepada konsep mengesakan Allah (tauhid). Hanya Allah yang memerintahkan kita untuk melakukan ibadat tersebut... bukan makbapak atau cikgu yang suruh. Kita buat puasa, sembahyang, zikir dan lain-lain hanya untuk mendapat keredhaan dan rahmat Allah, bukan sekadar untuk mendapat pahala semata-mata. Keredhaan adalah penerimaan Allah terhadap amalan ibadat yang kita lakukan dengan ikhlas keranaNya. Penerimaan Allah bukan bermaksud Allah perlu kepada apa yang kita buat..Tidak sekali-kali, Allah itu Maha kaya dan tidak berhajat kepada sesuatu apa pun dari kita atau semua makhlukNya. Kita buat ibadat sebenarnya untuk menyelamatkan diri kita dari kemurkaan Allah akibat kejahilan dan kesombongan kita kepadaNya. Belajarlah bersungguh-sungguh untuk memahami kehendak tuhan yang sebenarnya. Rahmat tuhan maha luas. Rahmat tuhan boleh diertikan sebagai sifat belas kesihanNya terhadap diri kita yang serba lemah dan tiada daya upaya melainkan semuanya diperolehi dari pemberianNya semata-mata. Sekiranya kita merasakan diri kita ini hamba kepada Tuhan, maka kita akan sentiasa merendah diri kepadaNya..Tetapi ramai dari manusia tak terfikir bahawa mereka adalah hamba bahkan berfikir bahawa dia adalah tuan di mukabumi ini dan rasa tak perlu bertuhan di dalam kehidupannya. Kenapa begitu? orang yang tidak bersembahyang tidak memerlukan tuhan, orang yang meminum arak tidak memerlukan tuhan, orang berzina tidak memerlukan tuhan, orang yang menderhakai ibubapa juga tidak memerlukan tuhan. Tuhan meredhai perkara-perkara baik dalam kehidupan ini. Lebarkanlah kebaikan di dalam kehidupan ini. Orang yang tidak sembahyang pasti tidak memerlukan tuhan kerana tiada siapa di hatinya tempat dia mahu meminta sesuatu. Tiada hajat yang terfikir olehnya untuk diminta-minta kerana semua perkara sudah ada di sekelilingnya. Adakah dia akan kekal begini selama-lamanya,,,? Signal atau amaran tuhan akan menyapa tak kira bila. Suatu masa seorang manusia yang sempurna tiba-tiba boleh jadi cacat, kereta mewah menjadi hancur terbakar akibat kemalangan, ibu-bapa, kawan atau adik beradik yang disayangi mati bergelimpangan, Manusia yang segar bugar jadi strok yang teruk dan lain-lain lagi petanda yang menyentap keseronokan hidup. Semua ini merupakan petanda-petanda bahawa masih ada yang maha berkuasa yang mentadbir kehidupan manusia sekeliannya. Hakikatnya manusia teramat memerlukan tuhan untuk menyempurnakan setiap keperluan hidupnya. Tanpa Tuhan manusia tidak akan berjaya mencari jalan kebenaran,

Kesimpulannya di dalam hati ini mesti meletakkan tujuan sesuatu perkara itu sebagai faktor terpenting. Kedua kaedah melaksanakan mesti megikut garis panduan yang benar, Ketiga melakukan dengan seikhlas hati. dan meredhai terhadap apa yang kita berikan atau

Comments

Popular posts from this blog

DJM2012_NOTA_SISTEM KAWALAN KOMPUTER

JF302 -Bab 2a

JF302 BAB 6- PLASTIK