Posts

Showing posts from August 26, 2012

BAGAIMANA STATUS SOLAT KITA HINGGA KE AKHIR HAYAT

Image
Dalam berbilion manusia di dunia ini ada yang beragama islam diiktiraf sebagai muslim, daripada ramai muslim itu ada yang yang kuat imannya yakin percaya kepada ajaran agama disebut mukmin. Daripada ramai-ramai mukmin itu ada yang benar-benar yakin percaya serta beramal ibadah disebut muttaqin dan yang sebenar-benar beribadat secara ikhlas kerana Allah (tahu tujuan dan kaedah melaksanakannya) mengikut sunnah rasulullah dinamakan mukhlisin . Status kita terletak diperingkat mana? Setelah kita cukup umur atau baligh, semua kelakuan ibadat sama ada solat, puasa, zakat dan haji semuanya kita belajar dan dah ada juga telah kita praktikkan sesempurna yang kita anggapkan. Tetapi adakah terfikir oleh kita bagaimana hendak menyempurnakan lagi seterbaik mungkin semua amalan ibadat tersebut agar diterima sepenuhnya oleh Allah swt. Lihatlah solat 5 waktu yang kita lakukan sehari-hari… Rata-rata orang muslim melakukan solat sekadar ikut-ikutan iaitu melakukan sepertimana orang lain