BAGAIMANA STATUS SOLAT KITA HINGGA KE AKHIR HAYAT



Dalam berbilion manusia di dunia ini ada yang beragama islam diiktiraf sebagai muslim, daripada ramai muslim itu ada yang yang kuat imannya yakin percaya kepada ajaran agama disebut mukmin. Daripada ramai-ramai mukmin itu ada yang benar-benar yakin percaya serta beramal ibadah disebut muttaqin dan yang sebenar-benar beribadat secara ikhlas kerana Allah (tahu tujuan dan kaedah melaksanakannya) mengikut sunnah rasulullah dinamakan mukhlisin.
Status kita terletak diperingkat mana?
Setelah kita cukup umur atau baligh, semua kelakuan ibadat sama ada solat, puasa, zakat dan haji semuanya kita belajar dan dah ada juga telah kita praktikkan sesempurna yang kita anggapkan. Tetapi adakah terfikir oleh kita bagaimana hendak menyempurnakan lagi seterbaik mungkin semua amalan ibadat tersebut agar diterima sepenuhnya oleh Allah swt.
Lihatlah solat 5 waktu yang kita lakukan sehari-hari…
Rata-rata orang muslim melakukan solat sekadar ikut-ikutan iaitu melakukan sepertimana orang lain buat tanpa mengetahui yang mana rukun atau yang mana sunat semasa kelakuan solat tersebut. Kepada orang yang masih tidak boleh membezakan rukun, sunat atau syarat sah ibadat solah, amat patut belajar dengan kadar segera hal ini kerana dibimbangi amalan yang berstatus ikut-ikutan ini tidak diterima Allah.
Ada yang bersolat yang langsung tiada khusyuk hati untuk mengingati Allah semasa qiam, rukuk, sujud dan bahkan sepanjang solat semuanya lalai, sepatah habuk ayat pun tak tahu maknanya. Semasa sujud, hatinya tidak menghayati kedudukan sujud itu ditujukan, ditumpukan kepada siapa…. yang diingati cuma dunia dan sekitar aktiviti di dunia. Berpusing-pusing akal fikiran mengingati serta menyelesaikan masalah dunia hingga tersedar rupa-rupanya dia sedang bersembahyang selepas dari memberi salam berpaling muka ke kiri qiblat.
Solat ini merupakan jemputan khas dari Allah untuk kita semua bertemu muka dan berbicara dengan Nya setulus hati. Kosongkanlah bicara dan fikiran hati dari menumpukan kepada yang lain selain dari Allah. Kita boleh dan mampu buat yang terbaik untuk hanya fokus kepad Tuhan yang esa.  Tiada satupun amalan ibadat yang wajib yang melebihi solat kerana solah ini Rasulullah menerimanya di atas Sidratul Muntaha daripada Allah sendiri dan bukan dari Jibril. Jibril malaikat penyampai wahyupun tiada kekuatan walau melangkah seincipun ke hadrat tuhan disempadan sidratul muntaha melainkan akan hancur luluh jisim tubuhnya jika ke sana.
Marilah sama-sama kita membaiki solat kita….INSYAALLAH

Di sini dicadangkan tips yang bermanafaat demi memperbaiki status solat kita
1)     Walaupun mata kita tidak mampu melihat Allah, anggaplah kita sedang melihat Allah semasa sembahyang. Sesungguhnya Allah sedang memerhatikan setiap tutur bicara, tingkah laku perbuatan dan ingatan khusyuk dalam akal fikiran semasa qiam, rukuk, sujud dan lain-lain. Sebenarnya hati batin kita mampu merasakan kewujudan Allah di mana saja kita berada.
2)      Hadir Hati (Sentiasa menyedari kita sedang bersolat  dari takbiratulihram sehingga beri salam)
3)      Faham makna bacaan dalam solat (bacaan Alquran dan tasbih semasa rukuk, sujud dan duduk di antara dua sujud)
4)      Hadirkan perasaan Terlalu Takut kepada kemurkaan dan azab Allah kepada kita bila-bila masa
5)     Hadirkan perasaan Terlalu Mengharap agar amalan solat kita diterima Allah sebaik-baiknya
6)      Hadirkan perasaan Teramat Malu kepada Allah kerana kekurangan amalan solat ini serta kejahilan diri sendiri, buta dalam serba serbi ilmu akhirat.
7)      Anggapkan solat ini adalah solat yang terakhir kerana kita akan mati selepas ini. Solat terakhir ini mesti dilakukan yang TERBAIK SEKALI.

Wassalam….

Comments

Popular posts from this blog

DJM2012_NOTA_SISTEM KAWALAN KOMPUTER

JF302 -Bab 2a

JF302 BAB 6- PLASTIK