Posts

Showing posts from September 30, 2012

Karnival Mahabbah IKIM.fm di KELATE

Image
Teruja jugak rasa hati ini bila cik Siti Rohani Surani mengucapkan "Terima kasih kerana datang ke Karnival Mahabbah IKIM" di Stadium Sultan Muhammad IV baru-baru ini. Ucapan ini masih teringat di sanubari. Saya dan famili yang sedari awal mencari-cari peluang untuk bersua mereka di bawah stage tidak berkesempatan kerana terlalu ramai peminat dari kalangan orang-orang vateren dan kanak-kanak yang berasakan mengelilingi mereka. Tetapi rezeki Tuhan tiada sapa yang tahu. Kami tidak terduga rupa-rupanya Allah telah memilih kami jua untuk terserempak dengan Dj celebriti IKIM ini serta orang tersohor seperti Ustazah Norhafizah Musa semasa mereka keluar dari kesesakan orang ramai di hujung lokasi. Didoakan agar DJ CT dan Ustazah Norhafizah sentiasa diberi keberkatan dan kesihatan yang baik oleh Allah dan sentiasa berusaha gigih demi menegakkan keredhaan Allah untuk masyarakat sekelian Wassalam..