Posts

Showing posts from May 5, 2013

Orang lain tak TAU, tapi Aku tahu apa yang sebenarnya telah aku buat....

Image
Di kisahkan oleh anak saudaraku yang bernama IQBAL (sekarang sedang belajar di Asia Tengah hampir masuk 2 tahun). Semasa dia belajar di Darul Quran, Selangor...seorang ustaz menceritakan suatu kisah seorang kaya raya di negeri Arab..yang amat takut kepada KEMATIAN. justeru itu di ambang kematiannya diwasiatkanlah kepada anakandanya supaya mencari seseorang yang boleh menemaninya di dalam kubur selama 1 hari. Bayaran upah sebanyak mana pun boleh asalkan peneman tersebut setia bersama-samanya selama 1 hari. Tibalah saatnya KEMATIAN ayahanda tersayang tidak dapat tidak berlaku tanpa dapat dihalang oleh sesiapa, walaupun wang berjuta dan hartabenda bertimbun tidak boleh menolong untuk menebus nyawanya walau satu minit. SUSAH PAYAH lah anakanda orang kaya tersebut mencari dan mendapatkan seorang peneman kubur. ALHAMDULILLAH..ada seorang miskin yang kerjanya mencari kayu api yang amat tekun bekerja mencari kayu api tersebut di hutan setiap hari. Kubur disediakan 2 liang lahad, satu untuk