Posts

Showing posts from January 27, 2013

Politeknik Kota Bharu JUARA IKON VARSITI BH 2012

Image
             One Mission Polytechnic telah berjaya dinobatkan selaku JUARA Ikon Varsiti Berita Harian 2012 Kategori Kumpulan Program Khidmat Sosial Luar Negara yang membawa pulang hadiah wang Tunai RM 5000, Trofi serta Sijil anjuran Kementerian Pengajian Tinggi dengan kerjasama Berita Harian. Kemenangan ini telah diadili menerusi undian pembaca setia Berita Harian serta Majlis Profesor Negara (MPN). Peserta telah menganjurkan program Sukarelawan Politeknik Malaysia Peringkat Antarabangsa 2011 pada 5-10 Disember 2011 bertempat di Kampung Croi Menteri Phnom Penh Cambodia. Peserta telah berjaya mencipta dan membina 3 set penapis air bagi kemudahan secara berterusan kepada hampir 6000 penduduk yang sebelum ini hanya menggunakan bekalan air daripada Sungai Mekong yang kotor dan keruh. Menerusi program inovasi pintar ini maka penduduk dapat menikmati air bersih serta menjana pendapatan Tabung Masjid. Pihak penganjur program ini merakamkan jutaan terima kasih kepada YB

MAHAZARI DALAM KENANGAN

Image
Pada Rabu, 26 Disember 2012, merupakan suatu hari yang penuh  nostalgia buat seluruh staf JKM dan semua warga PKB amnya.  Mantan Ketua Jabatan yang amat dikagumi serta dikasihi  Tn. Hj Mahazari Mohd Zain   bersama  4 orang staf JKM yang juga diraikan; En. Nik Dazuki Abd Rashid, En. Remly Othman, En. Zamri Ahmad dan Isteri, Pn Halimah akan berpindah dari PKB hujung tahun ini. Majlis perpisahan tersebut berlangsung secara sederhana tapi penuh syahdu di Restoran New Horizon Wakaf Che Yeh pada 12.00 tgh  dan  turut dihadiri oleh Tn. Haji Azahan Daud,Timbalan Pengarah (Sokongan) serta hampir keseluruhan warga jkm bersama turut menyerikan majlis. Haji Mahazari (15 tahun khidmat di PKB) memberi beberapa pesanan agar warga sama-sama meningkatkan amalan agama masing-masing  terutamanya solat. Rancanglah sembahyang  berjemaah di masjid bilamana azan dilaungkan. Singgahlah dirumah Allah untuk solat sekejap walaupun kita dalam perjalanan. Perkara kedua ialah solat hajat, pe

SIAPAKAH YANG DIALUN BAYU

Image
Seorang pendekar memiliki satu ilmu menunduk lawan secara kekerasan seolah-olah ilmunya itu membentuk satu pukulan taufan yang deras mengenai sasaran yang akhirnya lawan tersebut akan mudah kecundang dengan pukulan yang amat dahsyat itu sehingga jasad lawan dilambung-lambung dan dihempas hingga berkecai-kecai. Manakala seorang pendekar lagi tidak memiliki kelebihan zahiriah seperti pendekar pertama cuma pandai bermain muzik menggunakan siulan mulut yang akan mengasyikkan telinga dan hati sesiapa saja yang mendengarkannya. Pendekar pertama mencabar pendekar kedua, namun pendekar kedua menolaknya kerana buat apa nak berlawan kerana mereka semua saudara seislam...tak baik bermusuh-musuhan...Islam melarangnya. Ketika mereka mencari jalan bagaimana nak menentukan siapakah yang lebih handal dalam ilmu persilatan tiba-tiba terdengarlah seekor beruk menjerit dan melompat-lompat di atas pokok durian bersebelahan dengan mereka berdiri. Pendekar pertama dengan bangga menawarkan kepada pende