Politeknik Kota Bharu JUARA IKON VARSITI BH 2012


            

One Mission Polytechnic telah berjaya dinobatkan selaku JUARA Ikon Varsiti Berita Harian 2012 Kategori Kumpulan Program Khidmat Sosial Luar Negara yang membawa pulang hadiah wang Tunai RM 5000, Trofi serta Sijil anjuran Kementerian Pengajian Tinggi dengan kerjasama Berita Harian. Kemenangan ini telah diadili menerusi undian pembaca setia Berita Harian serta Majlis Profesor Negara (MPN). Peserta telah menganjurkan program Sukarelawan Politeknik Malaysia Peringkat Antarabangsa 2011 pada 5-10 Disember 2011 bertempat di Kampung Croi Menteri Phnom Penh Cambodia. Peserta telah berjaya mencipta dan membina 3 set penapis air bagi kemudahan secara berterusan kepada hampir 6000 penduduk yang sebelum ini hanya menggunakan bekalan air daripada Sungai Mekong yang kotor dan keruh. Menerusi program inovasi pintar ini maka penduduk dapat menikmati air bersih serta menjana pendapatan Tabung Masjid. Pihak penganjur program ini merakamkan jutaan terima kasih kepada YB Menteri Pengajian Tinggi kerana telah memberi sokongan kuat kepada kami untuk meneruskan misi KPT ke arah melahirkan modal insan yang berguna. Ucapan Terima Kasih juga diajukan kepada YBhg. Ketua Setiausaha KPT di atas kerjasama serta bimbingan kepada kami untuk menyebarluas program kesukarelawan yang banyak memberi keinsafan serta keihklasan dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan. Terima Kasih juga kepada Yang Berusaha Tuan Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik kerana memberi kepercayaan untuk kami melaksanakan program dengan jayanya. Sesungguhnya dengan kejayaan ini kami akan terus berusaha membantu Politeknik dan KPT mempromosikan Program Kesukarelawan.

Disediakan oleh: WAN ZUHARI

Comments

Popular posts from this blog

DJM2012_NOTA_SISTEM KAWALAN KOMPUTER

JF302 -Bab 2a

JF302 BAB 6- PLASTIK