Posts

Showing posts from September 16, 2012

Travelog KT33

Image
1429H/2008 menjadi tahun keramat bagiku untuk mengungkapkan satu nostalgia perjalananku ke Negeri Madinah al Munawwarah dan juga Tanah Suci Mekah Al Mukarramah. Lambaiannya masih hangat terasa, seolah-olah ada suara halus memanggil-manggil untuk ku ke sana buat kali ke 2. Oh amat rindu rasanya untuk ku melihat kedamaian dan kesyahduan Baitullah dan Raudah maqam baginda rasulullah. Manusia yang paling agung seagung-agungnya. Langit Subuh Madinah amat cerah sewaktu aku, isteri dan ibuku melabuh diri di lapangan terbang Madinah.. Tidak terkira sukacitanya hati ini bila kapal terbang arab saudi dapat mendarat dengan sempurna di sana. Alhamdulillah. Teringat pesan Ustaz Abd. Basit supaya sentiasa berdoa kepada Allah agar mengurniakan perasaan merasai singkatnya masa di dalam perjalanan. Syukur..beberapa belas jam di udara, kesihatan tubuh serta yang paling kritikalnya perutku, tak pernah meragam. Nasi, kek, air dan sebagainya yang disediakan oleh pramugari ‘no problem’. Pramuga

IBADAH HAJI WAJIB DITUNAIKAN SEKALI SEUMUR HIDUP

Image
Muslim yang terleka mengumpulkan harta dunia (BERTUKAR kereta, MEMBESAR rumah, MENAMBAH KOLEKSI kedai, perniaagan dll lagi) yang tidak mahu memikirkan simpanan khusus bagi menyediakan dirinya untuk layak menunaikan haji adalah dalam kerugiaan yang nyata. JIka anda mengumpul wang paling banyak RM200 sebulan yang bergaji RM2000~3000 pun akan terkumpul sebanyak RM2400 setahun. Bila mencapai10 tahun akan jadi RM24000..................BULEH SANGAT DOH KALU NAK BUAT LAGU TU.....INSYAALLAH...