Posts

Showing posts from November 1, 2015

Perjalanan Kita Tak Serupa

Image
Setiap manusia ada cita-cita. Cita-cita terbina bila ada sesuatu rasa di jiwa inginkan sesuatu dimiliki atau dikuasai. Semua manusia tidak sempurna atau dengan lain perkataan merasai tidak cukup dengan apa yang ada di sisi. Kehidupan dilalui dengan liku-liku kegembiraan dan kesedihan. Mengapa begitu dan mengapa begini, itulah pelbagai persoalan yang menghujani batin fikiran kemanusiaan. Tak kira siapa. Samada dia adalah insan kecil sehinggakan seorang manusia yang berjawatan besar serta berusia veteran yang berbaki usia sehampir 2 ke 3 tahun ke 100 tahun. Marilah kembali kepada Tuhan. Seandaikan sesekali kita terlintas di hati ini merasai betapa sudah lama kita menghuni alam buana ini tetapi masih tidak mengenal siapa Tuhan yang selama ini menjaga dan mengasuh kita sehingga menjadi seorang yang amat penting di mata kawan dan lawan. Tidak teringinkah kita tujukan segala impian, harapan, rasa gembira rasa kesedihan dan pelbagai rasa ini kepada suatu yang kekal abadi?.. Henti