Posts

Showing posts from February 5, 2012

SAJAK

KEPULANGAN Di saat kegelapan meniti jurang yang curam Mencari setitik cahaya menerangi jalan Tak pasti ditemui kegembiraan Meneliti dan terus mengkaji arah ketenangan Mencuba dan terus mencuba mengenali bayangan Bayangan terzahir impian kenyataan Disambut batin rasa kesyahduan Ucapan salam seluruh kehidupan Kedamaian rasa kebahagiaan jiwa Ku sujud solat ku iringi zikrillah Mengadap Ilahi yang tiada zat setanding Ku buang segala kebesaran dan semua kekayaan Pada diriku ku buang semuanya. Sebenarnya Tuhanlah yang Terkaya dan Termulia Semua manusia darjat sama, tak kira siapa Umpama pengemis merintih ditangga sikaya Menghulur tangan cemar meminta sesen dua Qiam melihat diri yang tiada berpunya apa Walau seurat hitam sibulu roma Sehingga kini tak pernah bersua Tuhan Yang Kaya Cuma sujud dan rukuk bila tiba waktu yang lima Tak tahu lalai dan khusyuk mengadap diriNya Tak tahu ditolak atau terima tak pernah diberi keputusannya Ingin ku kembali berjumpaNya Tapi

DJM2012_NOTA_SISTEM KAWALAN KOMPUTER

Image
2.1       MENGENALPASTI PERANAN KOMPUTER SEBAGAI SATU UNSUR KAWALAN    2.1.1   PERANAN KOMPUTER DALAM SISTEM KAWALAN Penggunaan komputer digital sebagai satu unsur kawalan telah dimulakan pada akhir tahun 1950an. Penggunaan komputer terus-menerus berkembang mengikut keperluan industri dalam sektor-sektor yang tertentu. Pada asalnya kawalan analog (analog controller) dan relay system digunakan dalam proses pengawalan kerana komputer  pada masa itu masih asing (kurang dikenali) oleh manusia, kalau adapun ianya terlalu mahal dan amat perlahan operasinya malahan kosnya lebih mahal berbanding kos proses itu sendiri. Sekitar tahun 1960, komputer digital  mula menggantikan kawalan analog di dalam menguruskan operasi pengawalan. Seterusnya pada tahun 1970an timbul pula ‘Programmable Logic Control’ berasaskan kawalan discrete yang menjadi sistem pilihan menggantikan ‘Relay bank control’. Akhirnya, komputer yang lebih maju teknologinya wujud pada era tahun 1960 hingga 1970an yang ma