Posts

Showing posts from October 14, 2012

MARI MENDENGAR, BELAJAR DAN MENGKAJI ILMU DI SINI

Image

TRAVELOG KT33_siri2

Image
Sambungan cerita.......dari......Travelog KT33 Dek telingaku terdengar berdebab bedebuk langkah kaki manusia yang tidak sedikit bilangannya. Apa yang berlaku? Rupa-rupanya di Raudah amat ketara jagaan keluar masuk ahli jemaah haji ke dalam sana. Polis yang berunifom lengkap bewarna hijau segak mengawal partition yang mempunyai pintu tertentu yang hanya dibuka pada waktu yang telah ditentukan mengikut arahan yang telah ditetapkan. Bagi jemaah lelaki, waktu melawat raudhah ialah selepas asar hingga lewat isyak yang di situ terdapat maqam Rasulullah dan juga berdirinya mimbar rasulullah. Semuanya berada di sebelah kiri bahu posisi tubuh kita jika berdiri mengadap kiblat. Manakala jemaah wanita boleh melawat Raudhah pada waktu pagi selepas dhuha hingga sebelum zohor. Bunyian Berdebab berdebuk adalah larian telapak kaki jemaah yang berebut-rebut memasuki ruangan Raudhah untuk mendapatkan saf untuk solat berhampiran dengan Mimbar Rasulullah. Semasa berada di dalam raudhah, biasanya

SAJAK : RINDU BAITULLAH

Saat itu ku rasa perlu Tabah hati ini Merenung manusia-manusia Meninggalkan si tua Mengengsot-engsot mencari lorong Telah berlumba si muda duduk di suasana selesa Ke Arafah, muzdalifah ataupun ke Mina Pesan sheikh muassasah Hormati orang-orang tua Bantu dan papah mereka yang mengengsot-engsot berkerusi roda Kerusi rodanya ada di bumbung sana Tongkatnya entah di mana Hiruk pikuk suasana di pasir panas menyengat kulit seluruhnya Sampai di Arafah Menangis hati melihat mereka Di mana rasa belas kesihan Di mana rasa hormat eshan cinta Berjalan berlumba meninggalkan si tua Yang seluruh usianya ingin mencari redha Dari awal hingga akhir mereka sama Ingin simpati dari rakan sanak saudara Keletihan, kehausan, mata semakin rabun Urat sarat semakin kendur dan tak bermaya Hendak ke Muzdalifah Selepas satu, satu lagi pergi meninggalkan Berilah peluang kepada si tua Berilah duduk si tua di kerusi itu Berdirilah si muda bantulah dia Bermanis mukalah jangan masam menc