SAJAK : RINDU BAITULLAH

Saat itu ku rasa perlu
Tabah hati ini
Merenung manusia-manusia
Meninggalkan si tua
Mengengsot-engsot mencari lorong
Telah berlumba si muda duduk di suasana selesa
Ke Arafah, muzdalifah ataupun ke Mina

Pesan sheikh muassasah
Hormati orang-orang tua
Bantu dan papah mereka
yang mengengsot-engsot berkerusi roda
Kerusi rodanya ada di bumbung sana
Tongkatnya entah di mana
Hiruk pikuk suasana
di pasir panas menyengat kulit seluruhnya

Sampai di Arafah
Menangis hati melihat mereka
Di mana rasa belas kesihan
Di mana rasa hormat eshan cinta
Berjalan berlumba meninggalkan si tua
Yang seluruh usianya ingin mencari redha
Dari awal hingga akhir mereka sama
Ingin simpati dari rakan sanak saudara
Keletihan, kehausan, mata semakin rabun
Urat sarat semakin kendur dan tak bermaya

Hendak ke Muzdalifah
Selepas satu, satu lagi pergi meninggalkan
Berilah peluang kepada si tua
Berilah duduk si tua di kerusi itu
Berdirilah si muda bantulah dia
Bermanis mukalah jangan masam mencuka
Lantaran marah ada yang cuba membantu si tua
Si tua rasa bersalah, maafilah simpatilah

Hendak ke Hotel Mekah semula
Tujuannya satu ingin mendapat redha Tuhan
Yang tua ini berilah peluang kepadanya
Yang muda ini mengalahlah kepada si tua
Mungkin hayatnya bukanlah lama
Sebentar saja cuma
Di sana di bumi suci
Di sana peliharalah budi laksana sifat nabi-nabi
Di sana cubalah menghayati kasih sejati
Kasih manusia dan kasih cinta Tuhan
Untuk seluruh alam....


Comments

Popular posts from this blog

DJM2012_NOTA_SISTEM KAWALAN KOMPUTER

JF302 -Bab 2a

JF302 BAB 6- PLASTIK