FITRAH KEHIDUPAN INSAN DI SENJA RAMADHAN
Senja berlabuh menanti sirnanya mentari
Beningnya cahaya di ufuk itu menerangi buana
Sekejap cuma
nur kegemilangan sanubari qalbu
menanti saat lambaian kepulangan
Kepulangan tetamu sepi ini
Bertandang kemari membawa seribu satu rencana
Suka duka semasa bercinta, rindu rinduan
Jerih perih merintih kekesalan diri
Taubat nasuha
Menggapai Rahmat ampunan, cita-cita nyata dan
besertanya simpang siurnya
sendiwara
Dunia,,,
Engkau tetamu yang tidak dicari tetapi rencana Tuhan yang dinanti
Buat Insan mengerti
Keredhaan Ilahi dan Belas
kasihan insan kesayangan
Muhammad Rasulullah serta para sahabat seperjuangan
Menjunjung cahaya Islam supaya terus berkembang
berjuang
Mekar di hati hamba yang bertatih mengenal diri dan pencipta.
Sampai bila insan hamba ini ingin bergelar menjadi hamba Tuhan
Hingga namanya nanti disebut-sebut Mulia di Makhluk langit Tinggi
Dan di bumi ini
Hingga bila roh nyawanya semasa diangkatkan sehingga disambut gembira
Dibuka seluruh pintu langit Malaikat dengan wangian kasturi
Dihiasi gerbang syurga firdausi untuknya
dipeluk permaisuri bidadari yang indah ayu
Ramadhan dan hamba-hamba tuhan yangi meraikan
Ku lihat di saat itu, di jalanan ini, di senja itu
Lelaki tua keseorangan berkerusi roda yang kudung kakinya.
Ke mana nak pergi, mana anak-cucunya?
Bersila gadis berkeringat bert-shirt hitam bersembunyi dari perit
mentari
yang bersama gantungan niranya digalas
tepian jalanan
Sampai bila kan pulang membawa
hasil untungan.
Penjaja Pengunjung pasar Ramadhan
Lelaki bersama anak kecilnya
Haji bersama isteri muda dan anak-anak dara teruna
Wanita muda mudi tua tui
Bersamanya Tshirt lengan sekerat coklat putih hitam kelabu…
Bersamanya jarang, ketat dan mengelirukan
tetamu sepi itu
Namun terpaksa terseksa terseka
pandangan di nun kejauhan
Menanti semakin suntuk ke titik
penghujung hari
Di masjid
Muda gagah, mantap mampu kuasa hingga 8
Tua tok ayah berdikit-dikit hingga 20
Witir kadang-kadang buat
yang baki bersangka baik INSYAALLAH
tunai di rumah sebelum sahor
Kekadang sayu hati melihat kanak-kanak hafiz yang bersungguh qiam
Terus beribadat hingga imam menamatkan doa witir detik 11 mlm.
Ada orang semasa Muda gagah tak solat dan tak puasa pula
Tangguh dan terus tangguh
Sampai suatu waktu INSYAALLAH
Dah insaf nanti baru nak akrabkan denganTuhan
Menangis taubat teresak esak
pilu hati
Selama ini
hidupnya tak pernah guna dahi nak sujud ilahi
Bila dah kudung cacat dan
terpaksa duduk berkerusi roda
Hanya mampu sujud atas angin
atau guna kerdipan mata yang pejam
Bila lengan dah sakit, kulit berkedut, lutut dah goyang , rambut dah
putih
Baru nak cari kain, nak cari telekung
Nak tutup lengan sekerat dan
uban yang cantik melepak
Pulang lah
Pulang lah
Pulang lah Kepada fitrah mu wahai insan
Fitrah insan ialah mengabdikan diri kepada Allah
Setulus hati……
Rasul Mengajar 3 perkara …bukanlah sains, matematik atau kejuruteraan
Rasul mengajar bagaimana nak mengenal Tuhan yang sebenarnya
Rasul mengajar bagaimana cara-cara beribadat kepada Tuhan yang
sebenarnya
Rasul mengajar bagaimana cara-cara mendekatkan diri kepada Tuhan…
Seumpama kisah Habib an-najjar ayat 27 Yassin.
Marilah pulang kepada Fitrah Kehidupan Insan
mAAf zAHIr & bATHIn
Selamat Menyambut Idul Fitri 2013…………………..
Comments