AKTIVITI PROJEK PELAJAR DI JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL POLITEKNIK KOTA BHARU
Politeknik Kota Bharu adalah sebuah institusi pengajian tinggi tempatan yang telah lama mengaplikasikan aktiviti projek
inovasi pelajar untuk Kursus J5012 dan JJ614 bagi Jabatan Kejuruteraan Mekanikal bagi pelajar semester akhir setiap sesi pengajian.
Persediaan
dan Persembahan Projek Inovasi adalah menjadi kewajipan kepada setiap pelajar
tahun akhir Jabatan Kejuruteraan Mekanikal setiap semester. Pada sesi Dis 2012, pameran yang
dipersembahkan sebanyak 97 projek
semuanya berbentuk kajian penyelidikan, rekabentuk, pembangunan produk dan
projek pembangunan perisian pelajar. Projek yang siap telah disimpan di bengkel
simpanan projek. Selain itu projek terpilih akan dipamerkan atau di
komersialkan kepada agensi yang memerlukan dari pihak dalaman atau luaran. Satu
lagi aspek yang boleh diambil kira ialah penggunaan hasil projek pelajar di PKB
sebagai alat bantu mengajar atau alatan yang meningkatkan prasarana kemudahan,
kecekapan atau keberkesanan tugasan PnP, teknikal atau pengurusan PKB.
Secara amnya, projek yang
akan digunakan mestilah memenuhi kriteria sebagaimana yang kita sedia maklum
sebelum ini. Projek tersebut mestikan berasaskan lima objektif:-
i.
Memenuhi kehendak peruntukan Kursus JJ614-PROJEK 2
ii.
Projek inovasi yang dapat membantu aktiviti kampus
iii.
Kosnya yang murah serta hasilnya yang inovatif,
iv.
Belum pernah dicipta sebelum ini (belum dipaten sebagai
harta intelek)
v.
Proses fabrikasi/pembuatan dijalankan sendiri oleh setiap
ahli projek.
Comments