Allah mengutus Rasul untuk menyampaikan khabar berita Gembira dan Peringatan Duka

 
 PETIKAN DARI KISAH WALIYYULLAH MALIK BIN DINAR:-
Apabila mendengar suara tersebut, maka ramailah kanak-kanak keluar dari pintu itu dengan wajah muka yang berseri-seri. Mereka memandang kepadaku dengan penuh belas kasihan kerana mereka nampak aku sedang di dalam ketakutan dikejar ular. Tiba-tiba aku ternampak anakku yang berusia dua tahun ada bersama-sama kumpulan kanak-kanak itu. Sebaik saja dia terpandang kepadaku, dia pun menangis, lalu berlari mendapatkan aku. Kemudian anakku menunjukkan tangannnya ke arah ular itu dan secara tiba-tiba ular itu pun pergi dari situ. Binatang yang amat menakutkan aku itu kemudiannya ghaib pada pandanganku.
Malik meneruskan ceritanya. " Aku pun meletakkan puteriku itu dalam pangkuanku dan dia asyik bermain dengan janggutku. Kemudian puteriku itu membaca sepotong ayat al-Qur'an surah al-Hadid (ayat : 16) yang demikian tafsirnya :"Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyu' hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (al-Qur`an) yang diturunkan kepada mereka ?".
"Tatkala mendengar ayat yang dibacakan tiba-tiba aku menangis serta menyesali akan segala dosa-dosa yang lalu. Kemudian aku bertanya kepada puteri kesayanganku itu. "Wahai anakku, fahamkah engkau segala isi kandungan al-Qur'an itu.?"

Puteriku menjawab : "Sesungguhnya saya faham akan segalanya ayah, bahkan lebih daripada ayah sendiri."


 

Comments

Popular posts from this blog

DJM2012_NOTA_SISTEM KAWALAN KOMPUTER

JF302 -Bab 2a

JF302 BAB 6- PLASTIK