SAJAK

Kekasih awal dan akhir

Di mana bermula pasti akan tiba saat terakhir
Ketika itu resah gelisah tak tentu arah
Kini, dulu dan selamanya tak henti-henti nak berubah
Tetapi nyata diri menipu diri sendiri.

Di mana Tuhan di mana malaikat dan semua yang ghaib
Soalan demi soalan untuk memikat sanubari
Meskipun diri sendiri jauh dari keyakinan
Kata-kata ini dimulut dan melekat setakat di kerongkongan

Jiwa yang meronta ingin dikasihi apatah dikasihani
Sejak bila diri ini mengasihi yang awal
Sampai bila diri ini belas terhadap yang akhir
Hari ini, esok dan bila-bila tak merasai cinta itu.

Perjuangan ini amat sukar
Ringan di mata tapi teramat berat di kalbu
Memujuk kasih tumpuan di hati
Cinta Tuhan cinta yang suci

Comments

Popular posts from this blog

DJM2012_NOTA_SISTEM KAWALAN KOMPUTER

JF302 -Bab 2a

JF302 BAB 6- PLASTIK