KASIH SAYANG TAK BOLEH DIJUAL BELI

ASSALAMUALAIKUM....
Siapakah yang paling kita kasih? Kasihkah kita pada diri kita? Atas dasar apa kita terus-menerus mengasihi diri ini..... Jika demam sedikit, ubat atau doktor yang dicari. Jika lapar atau dahaga. Nasi & air yang kita telan untuk memastikan diri ini boleh hidup bertenaga. Jika sakit tenat... berapapun jumlah bayaran sanggup dibiaya demi memastikan nafas ini mesti terus bernyawa dan bangun celik mata berkata-kata. 

Biar siapapun kita, pegawai tinggi, drebar teksi, tukang buat kopi atau pengemis jalanan sekalipun .... kita semua berhak dan wajib mengasihi diri kita sehingga ke akhir hayat kita. Siapakah yang mengisi naluri perasaan mengasihi ini di dalam hati.? Sejak bila kita kasih dan mengasihi. Kasih diri dan kasih isteri, anak-anak, ibu-bapa, kawan-kawan dan semuanya yang ada perasaan kasih di dalam benak sanubari kita. Teruskan lah mengasihi orang-orang yang sepatutnya kita semai dan pupuk kasih sayang demi menjalinkan hubungan kasih tersebut.

Namun jangan lupa pada persoalan saya. Siapakah yang mecipta perasaan 'KASIH' ini. Adakah kita tak perlu mengenangkan pencipta tersebut. Bilakah akan ada atau boleh berputik pada benak hati kita perasaan kasih, sayang dan rindu kepada Nya yang telah sekian lama mencipta, menjaga kita, menjaga semua makhluk yang bernyawa atau tidak bernyawa di alam yang kita berada sekarang ini. Dialah Tuhan Ar RAHMAN Ar RAHIM yang amat-amat mengasihi setiap hambaNya.

Sedarlah bahawa  Syurga itu tempat yang terbaik dan yang paling selamat untuk dihuni. Di situlah tempat asal nenek moyang kita.. Nabi Adam a.s  dan  ibu kita, Hawa a.s. Bukanlah dengan amalan yang banyak atau sedekah yang berjuta ringgit yang menjamin kita masuk ke dalamnya. Tetapi kita diiring masuk ke sana sebenarnya kerana anugerah 'RAHMAT' Allah yang tiada tolok bandingnya. Janganlah mendakwa amalan kita banyak dan sempurna itulah menjamin syurga. Nilai syurga terlalu tinggi untuk itu. Sebenarnya amalan ibadat 1000 tahun oleh seorang abid belum mencukupi untuk membayar harga nikmat sebelah MATAnya yang digunakan sepanjang hidupnya. Yang mana satukah nikmat Tuhanmu yang kamu mahu nafikan?

Oleh itu marilah kita IKHLASkan setiap amal ibadat yang kita lakukan. Mintalah REDHA Allah bukan menunggu BALASAN di atas amalan yang telah dilakukan. Hanya hamba-hamba yang di KASIHINya lah yang layak masuk ke dalam SYURGANya yang tiada tandingan nikmatnya.

WASSALAM.....

Comments

Popular posts from this blog

DJM2012_NOTA_SISTEM KAWALAN KOMPUTER

JF302 -Bab 2a

JF302 BAB 6- PLASTIK