MAMA YATI DALAM KENANGAN

Secangkir jernih air mawar mewangi membasahi pusara senja, Meratapi pembaringan sepi sang ratu hati ayah bonda dan dinda, Perginya yang takkan kembali lagi menghiasai taman ceria, Di persada maya yang kian pesat dilanda nesta. Baktimu tiada ketara menghulur seribu satu cakna, Membina sanubari ceria ayah bonda dan dinda, Meredakan semua tutur cemuh tetangga, Menjulang keluarga ke puncak insan dimulia. Walaupun diri tidak seberapa berharta, Istana kecil indah milik ayah bonda, Sungguhmu demi bonda dan dinda membela, Menjadi insan budiman dan beragama. Anak didikmu bertebaran merata dunia, Bergelar manusia hebat lagi berguna, Kerana usaha gigihmu tak kira masa, Semoga setiap jasamu Allah redha. Wahai semua saudara taulan MAMA YATI, Lantunlah Al Fatihah dengan sebenar-benar menghayati, Hadiahkanlah pahalanya niatkan kepada Ilahi, Semoga setiap doa dan istighfar ini Allah memberkati. (15 hari telah kembali ke rahma...