Rugi-rugi eeee rugi

  Saya nak kongsi satu cerita yang diceritakan oleh En Azmi PKB yang di kisahkan olehnya dari cerita ustaz yang berkuliah kepadanya yang dipetik dari kisah-kisah para sahabat zaman rasulullah saw. Saya rasa teruja dengan kisah ini yang amat bermakna pengajarannya.

Suatu hari Seorang isteri (baru janda setelah kematian suaminya yang tercinta) datang berjumpa rasulullah dan berkeadaan yang runsing dan penuh persoalan dijiwanya tentang peristiwa pelik menimpa suaminya sebelum meninggal dunia. Suaminya sebelum pergi menemui Ilahi telah meninggalkan 3 persoalan yang tidak difahami maksudnya;

1) Rugi kenapa aku beri yang buruk?
2) Rugi kenapa aku beri separuh ?

3) Rugi kenapa sekali saja?

Rasulullah lantas menjawab.

Jawapan-1)Suami mu semasa hayatnya telah berjumpa seorang yang susah dalam kesejukan dimusim sejuk pada waktu malam. Beliau menanggalkan ketiga-tiga baju sejuknya dan memberikan satu bajunya yang paling buruk kepada saudaranya itu.

Jawapan-2) Suatu hari ada seorang fakir miskin datang ke rumahnya untuk mendapatkan makanan tujuan berbuka puasa. Dia bertanya isterinya ada apa di dapur? Isterinya menjawap ada sekeping roti. Lalu dia membahagi 2 roti tersebut dan memberinya kepada peminta yang fakir tadi.

Jawapan -3) Suatu masa dia telah berjalan-jalan dan mendapati ada seorang tua yang hendak melintas jalan. lalu dipimpinnya orang tua itu melintas jalan.


Setelah saat kematiannya, dia telah melihat ganjaran pahala yang diperolehinya. Dan pada pandangannya pada waktu itu sekiranya diberikannya setiap perkara kebaikannya itu melampaui dari apa yang dibuatnya adalah terlebih baik...


IBARAT KEHIDUPAN KITA HARI INI...DI DUNIA MAUPUN DI AKHIRAT ---BANYAK BENAR KERUGIAN.... ESOK KITA SEMUA MUNGKIN MENYESAL DAN MENJADI SEPERTI ORANG INI........

Saya nak kongsi pendengaran saya di Radio IKIM pada hari ahad lepas (7 April 2013) pukul 7.20 pg masa nk gi keja) bersama ustaz Norhisyam Al Idrisiah Tuan Pandang...menterjemahkan ayat ini...

Pada masa muka mereka dibalik-balikkan dalam neraka, mereka berkata (dengan sesalnya):"Alangkah baiknya kalau kami dahulu (semasa di dunia) taat kepada Allah serta taat kepada Rasul Allah.. Dan mereka berkata lagi;"Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak-kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar. "Wahai Tuhan kami, berilah meraka azab sengsara dua kali ganda, dan laknatkanlah mereka dengan laknat yang sebesar-besarnya. (Surah Al Ahzab ayat 67~69)

RUGI-RUGI-RUGI...
FIKIR-FIKIRKAN LAH KAEDAH TERBAIK UNTUK MENDAPAT KEUNTUNGAN DI DUNIA DAN AKHIRAT


Comments

Popular posts from this blog

DJM2012_NOTA_SISTEM KAWALAN KOMPUTER

JF302 -Bab 2a

JF302 BAB 6- PLASTIK