SAJAK dekat nak HARI RAYA

Hari ini masih puasa
Masih menunggu masa berbuka
Tak lama, 9 jam lagi
Puasa rutin, terpaksa atau apa

Ibadah oh ibadah
ramai  hamba tak tahu dosa pahala
Tok guru berbuih air liur
Ustaz-ustazah serak suara
Cikgu-cikgu habis cari cara
Bagaimana nak tunjuk ajar mengenal dosa pahala

Aku, dulu kini dan selamanya
tahu apa dosa pahala
tapi kini rasa-rasa macam selalu buat dosa
dosa diri, dosa kawan-kawan apatahlagi dosa kepada ibubapa
Rasa seperti tak tanggung apa-apa
Rasa seperti tiada balasan apa-apa
Manusia rata-rata berdosa

Ramadhan bulan mulia
Baguslah sekiranya ramai mohon ampun pada yang Esa
Mudah-mudahan penghujung tirai ramadhan dosapun dibersihkan

Anak-anak kecil atau orang-orang besar yang banyak peranan  pengalaman
Buat kerja dunia tapi tak berapa bersungguh buat kerja untuk ke sana
kenapa seperti tiada beza
Yang tua yang muda tiada punca
Tidak cakna tujuan di dunia persediaan ke sana
Ke sana di mana
Kepada Tuhan yang Meredhai selamanya


Comments

Popular posts from this blog

DJM2012_NOTA_SISTEM KAWALAN KOMPUTER

JF302 -Bab 2a

JF302 BAB 6- PLASTIK