Agensi Angkasa Negara Siasat Bunyi Aneh di Samarahan


January 27th, 2012 nurizspace
Saya ada jugak baca berita pasal suara aneh dan pelik yang didengar oleh beberapa orang penduduk di Kota samarahan pada 11 dan 12 Januari 2012.  Suara tu dikatakan didengar oleh beberapa penduduk di  Samarahan pada pukul 3 pagi hingga ke waktu subuh..dan agak ngeri jugak bunyinya..
Lepas tu saya dengar di you tube macam mana agaknya bunyi aneh tu. Bunyi macam suara orang bernafas tetapi lebih besar dan mcm jauh je.
Ada jugak yang beri komen di video you tube tu yang mereka tak percaya sangat suara pelik tu, tetapi apabila bukan seorang saja yang dengar,tak kan lah suara pelik tu sengaja diada-adakan. Ramai jugak saksi yang mendengar suara tu.Kalau digoogle mengenai suara pelik dari langit ni, banyak jugak berlaku di beberapa buah negara di dunia dan bukan saja di Malaysia.
Seram jugak bila dengar berulang-ulang kali..
Hari ini di dalam satu artikel di mynewshub my ada melaporkan yang Agensi Angkasa Negara akan menyiasat suara pelik di Kota Samarahan yang  berlaku pada 11 dan 12 Januari lepas.  Bermakna perkara ini bukan sengaja diada-adakan dan ianya tak boleh diambil ringan.


 
petikan berita :
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Innovasi, Datuk Fadhillah Yusuf berkata, satu pasukan telah pun ditubuhkan yang diketuai Dr. Mustafa Subari dari Agensi Angkasa Negara bagi mengkaji bunyi yang didakwa.
Beliau berkata, pihaknya ada bertanya kepada Jabatan Meteorologi namun mereka tidak dapat memberikan penjelasan berhubung bunyi aneh itu.
” Menurut pengarahnya, mereka tidak dapat menjelaskan mengenai perkara itu, ia bagaimanapun tidak ada kaitan dengan kejadian gempa bumi di Sumatera baru-baru ini,” kata Fadhillah yang dipetik dari The Borneo Post.
Fadillah yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya, beliau sudah bercakap dengan salah seorang saksi kejadian dan pasukan yang ditubuhkan akan menemui saksi itu dalam masa terdekat.
Insiden ‘bunyi aneh dan menakutkan’ dari langit yang kedengaran di Kota Samarahan, Sarawak pada 11 dan 12 Januari lalu mendapat perhatian antarabangsa apabila artikel mengenainya yang disiarkan di The Borneo Post mula dibincangkan secara hangat di dalam internet di seluruh dunia.
Pada yang belum tahu, sehari sebelum kejadian pada waktu mejelang Subuh itu berlaku, terjadi perkara yang sama di Aaborg, Denmark.
Bahkan bunyi aneh dan menggerunkan tersebut pernah direkodkan di Sweden pada 1 November tahun lalu
The Borneo Post tempoh hari melaporkan satu bunyi aneh telah kedengaran di Kampung Meranek, Kota Samarahan yang mencetuskan ketakutan dan kegelisahan penduduknya.
Tidak lama selepas bunyi itu kedengaran, satu kejadian gempa bumi kuat (7.3 skala Richter) berlaku di Sumatera, Indonesia.
Bagaimanapun masih tidak dapat dipastikan sejauh mana kaitannya antara bunyi aneh itu dan kejadian gempa bumi tersebut.
Selain daripada kejadian gempa bumi di Sumatera itu, ada juga teori yang mengaitkan bunyi aneh itu dengan sebuah program yang dikenali sebagai High Frequency Active Auroral Research Programme (HAARP)

Comments

Popular posts from this blog

DJM2012_NOTA_SISTEM KAWALAN KOMPUTER

JF302 -Bab 2a

JF302 BAB 6- PLASTIK