SERIUS SOKMO

Salam....
Kalau kita nak berjaya mestilah buat usaha dengan betul-betul serius.
Contohnya kalau kita nak naik pangkat dalam jawatan pekerjaan kita, prepare sgoti.....

Itu hok dunia hok kita nampak depan mata. Macam mana pulok benda-benda hak sungguh lagi benar hak tak nampak langsung loni?????

Bab sembahyang, sedekah, zikir dan lain-lain yang jika buat sungguh-sungguh akan beroleh pahala (matawang yang hanya laku di akhirat saja, tak berapa laku di dunia pasal tak leh kelih)

Ramai antara kita termasuk yang menaip cerita ni pun saaaaangat tak nampak sungguh lagi dalam hal mengumpul pahala... Cuba perhitungkan amalan kita setiap hari, cuba renung ibadat kita hari ini..

Sembahyang subuh...tak berjemaah, tak khusyuk, 5~10 minit lagi nak abis waktu baru nak smaye.

Zohor..... juga tak berjemaah, tak tukar seluar cemar kena percikan air kencing semasa kencing berdiri dalam tandas tadi. dah 3 hari tak basuh... hari-hari kencing berdiri. tak mercik ke. ..?

Asar ...ok lah sembahyang berjemaah, tapi dok ingat pasal nak settle masalah aset, masalah assignment budok tak marking lagi... Bila dah selesai bagi salam baru teringat... ooooo aku dah selesai sembahyang asar, tak perasan pun sembahyang asar, bila masa angkat takbiratul ihrammm.

Maghrib .. ok lah pergi masjid bersembahyang berjemaah, tapi sempat rakaat terakhir tu pun kena tambah 3 sebab masuk ketika iman dah tahyat akhir.

Isyak.... Tok bilal dok komat.. eiiii, aku dok tengah layan roti tempayan di kedai mamak... Allamak bukan sekali sekala bah kan  hampir tiaptiap hari berlaku berulang peristiwa sama.

TIDAK SERIUS MELAKSANAKAN KETAATAN KEPADA IBADAT YANG DIPERINTAH ALLAH

Comments

Popular posts from this blog

DJM2012_NOTA_SISTEM KAWALAN KOMPUTER

JF302 -Bab 2a

JF302 BAB 6- PLASTIK