Posts

POWER TRANSMISSION

POWER TRANSMISSION ATAU DALAM BAHASA MELAYU KITA SEBUT PENGHANTARAN KUASA. https://www.youtube.com/watch?v=KB11OmOoer4 Allah ciptakan makhluknya bukan dengan sia-sia. Setiap apa yang ada di mana sahaja samaada di darat, di laut atau di langit atau di dalam bumi semuanya ada manafaatnya, sehinggakan senipis bulu roma di badan setiap manusia ada fungsinya. Contohnya bila manusia berada di dalam cuaca panas, bulu roma itu akan condong merapatkan dirinya kepada kulit atau dalam kata lain reroma tersebut memerangkap sedikit sahaja udara sekitar supaya tidak menjadi penebat kepada kepanasan. Manakala sekiranya cuaca sejuk berlaku reroma di badan akan berinteraksi dengan alam ini dan menegakkan diri menjauhkan hujungnya dari kulit yang sedikit sebanyak memerangkap udara sekitarnya menjadi penebat kepada kesejukan. Betapa hebatnya kuasa Allah yang menciptakan makhlukNya ini. Dalam mencari kesempurnaan hidup ini dan jelasnya setiap manusia se...

Perjalanan Kita Tak Serupa

Image
Setiap manusia ada cita-cita. Cita-cita terbina bila ada sesuatu rasa di jiwa inginkan sesuatu dimiliki atau dikuasai. Semua manusia tidak sempurna atau dengan lain perkataan merasai tidak cukup dengan apa yang ada di sisi. Kehidupan dilalui dengan liku-liku kegembiraan dan kesedihan. Mengapa begitu dan mengapa begini, itulah pelbagai persoalan yang menghujani batin fikiran kemanusiaan. Tak kira siapa. Samada dia adalah insan kecil sehinggakan seorang manusia yang berjawatan besar serta berusia veteran yang berbaki usia sehampir 2 ke 3 tahun ke 100 tahun. Marilah kembali kepada Tuhan. Seandaikan sesekali kita terlintas di hati ini merasai betapa sudah lama kita menghuni alam buana ini tetapi masih tidak mengenal siapa Tuhan yang selama ini menjaga dan mengasuh kita sehingga menjadi seorang yang amat penting di mata kawan dan lawan. Tidak teringinkah kita tujukan segala impian, harapan, rasa gembira rasa kesedihan dan pelbagai rasa ini kepada suatu yang kekal abadi?.. Henti...

ALLAH BERKUASA TENTUKAN PERATURANNYA WALAU DI MANA KITA @ SIAPA KITA

Image
Rujukan:  https://www.facebook.com/WanitaIkramJohor/photos/a.470418703064264.1073741834.256444264461710/508375002601967/?type=1   *Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com Kisah benar berlaku di Pakistan. Seorang Dr Pakar Bedah terkenal bernama Dr Ishan tergesa-gesa menuju airport. Beliau akan menghadiri Seminar Dunia dalam bidang perubatan yang akan membincangkan penemuan terbesarnya di dalam bidang perubatan. Setelah perjalanan pesawat kira-kira 1 jam, tiba-tiba pesawat mengalami gangguan dan perlu mendarat di airport yang terdekat. Beliau pergi ke bilik peneran gan dan berkata: "Saya ini doktor pakar, setiap minit nyawa manusia bergantung pada saya dan sekarang kamu meminta saya menunggu pesawat dibaiki dalam tempoh 16 jam?" Pegawai itu menjawab: "Wahai doktor, jika anda terburu-buru anda boleh menyewa kereta, tujuan anda tidak jauh lagi dari sini, kira- kira dengan kereta mengambil masa 3 jam." Dr. Ishan setuju dengan cadan...

Sejarah SYEIKH AL-HAJ ABDUR RAZAK AL-BUGIS AL-BUNI SYAMS AL-ARIFIN, Syeikh Akbar Tarekat Khalwatiyah Samman

  Rujukan dari : http://tomarilaleng.blogspot.com/2012/12/sejarah-syeikh-al-haj-abdur-razak-al.html   PENGANTAR PENULIS Assalamu Alaikum Wr. Wb. Maros populer sebagai tempat berkembangnya beberapa tarekat mu’tabarah yang ada di Indonesia. Turikale sebagai Ibu Kota Kabupaten Maros merupakan tempat “bermula” dimana beberapa Tarekat masuk dan dikembangkan. Tarekat Sammaniah atau Tarekat Khalwatiyah Samman mulai masuk dan berkembang di Kampung Pacelle, wilayah Regenschap Turikale. Tarekat Tajul Khalwaty atau yang populer sebagai Tarekat Khalwatiyah Yusuf juga masuk dan berkembang di wilayah Distrik Turikale, yakni di Kampung Labuang. Tercatat bahwa Imam Turikale II, H.A.Muhammad Saleh Dg. Manappa adalah salah seorang khalifah dari Tarekat Khalwatiyah Yusuf. Selain kedua tarekat tersebut, Tariqatul Muhammadiyah ( Tekolabbua ) dan beberapa tarekat lainnya seperti Tarekat Naqsabandiyah juga menjadi Tarekat yang cukup populer bagi masyarakat Maros. Setiap tahun pad...