MAHAZARI DALAM KENANGAN
Pada Rabu, 26 Disember 2012, merupakan suatu hari yang penuh nostalgia buat seluruh staf JKM dan semua warga PKB amnya. Mantan Ketua Jabatan yang amat dikagumi serta dikasihi Tn. Hj Mahazari Mohd Zain bersama 4 orang staf JKM yang juga diraikan; En. Nik Dazuki Abd Rashid, En. Remly Othman, En. Zamri Ahmad dan Isteri, Pn Halimah akan berpindah dari PKB hujung tahun ini. Majlis perpisahan tersebut berlangsung secara sederhana tapi penuh syahdu di Restoran New Horizon Wakaf Che Yeh pada 12.00 tgh dan turut dihadiri oleh Tn. Haji Azahan Daud,Timbalan Pengarah (Sokongan) serta hampir keseluruhan warga jkm bersama turut menyerikan majlis. Haji Mahazari (15 tahun khidmat di PKB) memberi beberapa pesanan agar warga sama-sama meningkatkan amalan agama masing-masing terutamanya solat. Rancanglah sembahyang berjemaah di masjid bilamana azan dilaungkan. Singgahlah dirumah Allah untuk solat sekejap walaupun kita dalam per...