Pandangan Islam : Penyebaran Gambar Yang Sadis (Kesan Jenayah, Kemalangan, DLL) yang mengaibkan mangsa serta keluarga
Berita Tentang Kematian seorang pegawai AmBank baru-baru ini teramat tragis. Di facebook, wassApp dan lain-lain media terang-terangan menyebarkan gambar serta video clip yang tidak sepatutnya boleh berlaku sedemikian tanpa ada sebarang tapisan...@ kawalan yang ketat. Minta pihak berwajib bersegera mengambil tanggung jawab ini..SEBAIK-BAIKNYA... SILA BACA PANDANGAN UST ZAHARUDDIN Thursday, 11 October 2007 18:00 Hits: 23983 Pandangan Islam Berkenaan Sebarkan Gambar Post Mortem Nurin Oleh Zaharuddin Abd Rahman http://www.zaharuddin.net/ Agak heboh perihal gambar bedah siasat Al-Marhumah Nurin Jazlin Jazimin yang disebar melalui email. Menurut agakan rambang saya, orang yang mula-mula menyebarkannya mungkin terlalu tertekan menyimpan gambar kedahsyatan itu sehingga tidak mampu bertahan untuk menanggung perasaan sedih, kecewa dan tekanan berseorangan. Keadaan ini mungkin menyebabkan ia mengambil keputusan untuk berkongsi perasaan tertekann