Posts

Showing posts with the label harta

HUKUM WANITA BERKERJAYA BESERTA KEPUTUSAN MAJLIS FIQH DUNIA

  Oleh Zaharuddin Abd Rahman http://www.zaharuddin.net/ Islam membenarkan isteri bekerja tetapi semua kebenaran tadi adalah diikat dengan syarat-syaratnya.  Keharusan ini termasuk dalam umum ayat Allah SWT iaitu :- للرجال نصيب مما اكتسبوا وللنساء نصيب مما اكتسبن Ertinya : "Bagi lelaki bahagian yang ia usahakan dan bagi wanita bahagian yang ia usahakan" ( An-Nisa : 32 ) Nabi SAW pula telah menyebutkan bahawa :- ما أكل أحد طعاما قط خيرا من أن يأكل من عمل يده Ertinya : "Tiada seorang pun yang makan lebih baik dari orang yang makan hasil dari tangannya sendiri" ( Riwayat, Al-Bukhari, no 1966, Fath Al-bari, 4/306) Disebut juga dalam sebuah hadith dhoif : من بات كالاًّ من عمل يده بات مغفورًا له Ertinya : Sesiapa yang tidur dengan keletihan dari kerja tangannya sendiri, ia tidur dalam keadaan diampunkan oleh Allah SWT" ( Riwayat Ibn 'Asakir & At-Tabrani ; Al-Haithami dalam Majma Az-Zawaid : Ramai perawinya tidak ...

Karnival Mahabbah IKIM.fm di KELATE

Image
Teruja jugak rasa hati ini bila cik Siti Rohani Surani mengucapkan "Terima kasih kerana datang ke Karnival Mahabbah IKIM" di Stadium Sultan Muhammad IV baru-baru ini. Ucapan ini masih teringat di sanubari. Saya dan famili yang sedari awal mencari-cari peluang untuk bersua mereka di bawah stage tidak berkesempatan kerana terlalu ramai peminat dari kalangan orang-orang vateren dan kanak-kanak yang berasakan mengelilingi mereka. Tetapi rezeki Tuhan tiada sapa yang tahu. Kami tidak terduga rupa-rupanya Allah telah memilih kami jua untuk terserempak dengan Dj celebriti IKIM ini serta orang tersohor seperti Ustazah Norhafizah Musa semasa mereka keluar dari kesesakan orang ramai di hujung lokasi. Didoakan agar DJ CT dan Ustazah Norhafizah sentiasa diberi keberkatan dan kesihatan yang baik oleh Allah dan sentiasa berusaha gigih demi menegakkan keredhaan Allah untuk masyarakat sekelian Wassalam..

Masihkah ada cinta

Cinta kita cuma pada diri sendiri, kita sayangi diri ini lebih dari segalanya. Kerana kita tahu betapa berharganya sebuah kehidupan yang saat ini dikecapi sehingga tidak puas-puas merasai dan terus merasai nikmat kehidupan di alam yang kita masih belum habis menerokainya. Ini lah alam dunia yang sering melupakan kita tentang asal-usul kejadian kita. Dari mana kita datang? Siapakah yang menciptakan kita? dan bagaimanakah kesudahan kehidupan kita? Ada setengah-setengah manusia yang cuma tahu bergembira dan yang mahir hanya mengumpul harta dan pengaruh diri selalu memikirkan bagaimana hendak menggandakan income, membesarkan rumah, menukar kereta yang lebih besar. Dan apabila semua-semuanya besar-besar, mewah-mewah, sofistikated dan orang kelantan kata "tok leh tek doh" semuanya dah cukup. Apa lagi yang kita nak selepas itu???? Marilah kita sama-sama kembali kepada fitrah diri ini. Kalau sebuah kereta mewah yang boleh memecut laju beribu km sejam dan boleh terbang sekali pun....