Posts

Showing posts with the label HOMESTAY KOTA BHARU

Karnival Mahabbah IKIM.fm di KELATE

Image
Teruja jugak rasa hati ini bila cik Siti Rohani Surani mengucapkan "Terima kasih kerana datang ke Karnival Mahabbah IKIM" di Stadium Sultan Muhammad IV baru-baru ini. Ucapan ini masih teringat di sanubari. Saya dan famili yang sedari awal mencari-cari peluang untuk bersua mereka di bawah stage tidak berkesempatan kerana terlalu ramai peminat dari kalangan orang-orang vateren dan kanak-kanak yang berasakan mengelilingi mereka. Tetapi rezeki Tuhan tiada sapa yang tahu. Kami tidak terduga rupa-rupanya Allah telah memilih kami jua untuk terserempak dengan Dj celebriti IKIM ini serta orang tersohor seperti Ustazah Norhafizah Musa semasa mereka keluar dari kesesakan orang ramai di hujung lokasi. Didoakan agar DJ CT dan Ustazah Norhafizah sentiasa diberi keberkatan dan kesihatan yang baik oleh Allah dan sentiasa berusaha gigih demi menegakkan keredhaan Allah untuk masyarakat sekelian Wassalam..

SELAMAT MENYEMPURNAKAN IBADAT DI BULAN RAMADHAN AL MUBARAK

Salam berbahagia untuk semua umat nabi Muhammad Saw, Di hari baik dan bulan baik pada tahun 1433 Hijrah ini, mudah-mudahan kita sempat meneruskan lagi rutin kita sebagai seorang hamba Allah SWT, melaksanakan ibadah yang terbaik untuk memastikan Allah redha dan menerima kita sebagai seorang hamba yang taat dan layak bagi ditempatkan kita ke SyurgaNya kelak. Sebenarnya untuk apa kita semua berlomba-lomba mengejar masa melakukan ibadat yang berganda-ganda pada ramadhan ini? Apakah kita buat sekadar ikut-ikutan atau untuk dipertontonkan kepada kawan dan jiran kita bahawa, bulan inilah ibadat yang sebenar-benarnya patut kita perbanyakkan.  Berpenat lelah siang hari berpuasa dan di malamnya pula bertarawikh. Untuk mendapat pahala bukan sesuatu yang mudah. Sekiranya kita membuat sesuatu perkara ibadat tanpa mengetahui kaedah dan tujuannya yang sebenar. maka ibadat itu seolah-olah tidak ada makna apa-apa dan yang dapat pada kita cuma penat dan lapar atau bersuka-suka sahaja. Bukan i...

MENGAPA KITA CAKDUH TENTANG AURAT

Image
Cakduh atau memandang ringan penampilan diri kita tentang corak berpakaian di tubuh kita atau susuk tubuh badan anak isteri kita terutamanya yang bernama wanita.... Mungkin kita tak sedar atau sengaja buat-buat tidak sedar. Ini menandakan kita memang kurang segar tentang kewaspadaan kita tentang bahaya yang bakal menimpa kita di dunia atau di akhirat nanti. Wanita adalah perhiasaan di dunia ini. Kerana seluruh kecantikan dan keunggulan pandangan adalah tertumpu pada susuk tubuh insan yang bergelar wanita. Ingatlah.. Sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah. Kenapa? Tidak keluar seseorang anak soleh solehah melainkan lahir dari rahim-rahim para wanita solehah. Peranan mereka inilah yang membentuk seorang hamba Allah yang berperibadi soleh solehah yang akan mewarisi syurga di akhirat. Agenda barat telah lama menampakkan hasil. Misinya terlalu amat berjaya sekali. Pergilah kita ke bandar, ke kampung-kampung, ke Felda dan ke mana-mana sahaja dan perhatikanlah anak-anak wanita kita ...

DJM2012 _NOTA- PENGATURCARAAN

Image
PENGATUCARAAN INSANI 1.1       Kaedah pengatucaraan insani Terdapat Dua Jenis Bahagian Pengaturcaraan : ¨   Manual Part Programming ( Kaedah Pengaturcaraan Insani ) ¨   Computer Aided Part Programming (Atucara Bahagian Terbantu Komputer) Kaedah Pengatucaraan Insani ¨   Bermula sekitar tahun 1950-an ¨   Kaedah penghasilan aturcara secara terus kepada kod aturcara. ¨   Digunakan sebelum penggunaan sepenuhnya pengaturcaraan melalui komputer , tidak dapat ditulis. ¨   Dikawal dan di simpan pada pita kertas yang telah diprogramkan oleh komputer digital yang terawal pada awal penggunaan pengaturcaraan . 1.2       Penggunaan Pita Kertas Terdapat dua maklumat  aturcara yang dapat ditulis iaitu: ¨   Penukaran arahan operasi berfungsi sebagai pemberi isyarat kepada mesin. ¨   Dimensi berfungsi mengenal pasti posisi antara mata alat dengan bahan kerja. ...