Posts

Showing posts with the label Allah

FITRAH KEHIDUPAN INSAN DI SENJA RAMADHAN

Image
Senja berlabuh menanti sirnanya mentari Beningnya cahaya di ufuk itu menerangi buana Sekejap cuma nur kegemilangan sanubari   qalbu menanti saat lambaian kepulangan Kepulangan tetamu sepi ini Bertandang kemari membawa seribu satu rencana Suka duka semasa bercinta, rindu rinduan Jerih perih merintih kekesalan diri Taubat nasuha Menggapai Rahmat ampunan, cita-cita nyata dan besertanya simpang siurnya   sendiwara Dunia,,, Engkau tetamu yang tidak dicari tetapi rencana Tuhan yang dinanti Buat Insan mengerti Keredhaan   Ilahi dan Belas kasihan insan kesayangan Muhammad Rasulullah serta para sahabat seperjuangan Menjunjung cahaya Islam supaya terus berkembang berjuang Mekar di hati hamba yang bertatih mengenal diri dan pencipta. Sampai bila insan hamba ini ingin bergelar menjadi hamba Tuhan Hingga namanya nanti   disebut-sebut Mulia di Makhluk langit Tinggi Dan di bumi ini Hingga bila roh nyawanya semasa diangkat...

Siapa Lelaki Dayus ?

Image
Oleh Zaharuddin Abd Rahman www.zaharuddin.net Jika sebelum ini saya menulis dua artikel berkenaan aurat dan wanita . Saya juga telah mendedahkan satu email yang mengandungi artikel berkenaan bahaya nafsu lelaki dan sebagai pengetahuan am buat para wanita. Walaubagaimanapun, tidak memadai info-info tersebut tanpa menyentuh satu lagi bab yang amat berkaitan dengannya. Bab berkenaan suami dan tanggungjawab mereka terhadap isteri mereka dan anak-anak perempuan mereka. Sebenarnya, bab ini agak panjang kerana terlalu banyak tanggung jawab suami dan ayah terhadap ahli keluarganya. Cuma bagi memudahkan kefahaman, tulisan ringkas ini akan fokus kepada satu isu terlebih dahulu. Iaitu siapa itu lelaki dayus yang dimaksudkan oleh Nabi SAW tidak akan masuk syurga. Nabi SAW bersabda :- ثلاثة لا ينظر الله عز وجل إليهم يوم القيامة: العاق لوالديه، والمترجلة، والديوث. رواه أحمد والنسائي Ertinya : Tiga golongan yang Allah tidak akan melihat (bermakna tiada bantua...

MARI MENDENGAR, BELAJAR DAN MENGKAJI ILMU DI SINI

Image

TRAVELOG KT33_siri2

Image
Sambungan cerita.......dari......Travelog KT33 Dek telingaku terdengar berdebab bedebuk langkah kaki manusia yang tidak sedikit bilangannya. Apa yang berlaku? Rupa-rupanya di Raudah amat ketara jagaan keluar masuk ahli jemaah haji ke dalam sana. Polis yang berunifom lengkap bewarna hijau segak mengawal partition yang mempunyai pintu tertentu yang hanya dibuka pada waktu yang telah ditentukan mengikut arahan yang telah ditetapkan. Bagi jemaah lelaki, waktu melawat raudhah ialah selepas asar hingga lewat isyak yang di situ terdapat maqam Rasulullah dan juga berdirinya mimbar rasulullah. Semuanya berada di sebelah kiri bahu posisi tubuh kita jika berdiri mengadap kiblat. Manakala jemaah wanita boleh melawat Raudhah pada waktu pagi selepas dhuha hingga sebelum zohor. Bunyian Berdebab berdebuk adalah larian telapak kaki jemaah yang berebut-rebut memasuki ruangan Raudhah untuk mendapatkan saf untuk solat berhampiran dengan Mimbar Rasulullah. Semasa berada di dalam raudhah, biasanya ...

SAJAK : RINDU BAITULLAH

Saat itu ku rasa perlu Tabah hati ini Merenung manusia-manusia Meninggalkan si tua Mengengsot-engsot mencari lorong Telah berlumba si muda duduk di suasana selesa Ke Arafah, muzdalifah ataupun ke Mina Pesan sheikh muassasah Hormati orang-orang tua Bantu dan papah mereka yang mengengsot-engsot berkerusi roda Kerusi rodanya ada di bumbung sana Tongkatnya entah di mana Hiruk pikuk suasana di pasir panas menyengat kulit seluruhnya Sampai di Arafah Menangis hati melihat mereka Di mana rasa belas kesihan Di mana rasa hormat eshan cinta Berjalan berlumba meninggalkan si tua Yang seluruh usianya ingin mencari redha Dari awal hingga akhir mereka sama Ingin simpati dari rakan sanak saudara Keletihan, kehausan, mata semakin rabun Urat sarat semakin kendur dan tak bermaya Hendak ke Muzdalifah Selepas satu, satu lagi pergi meninggalkan Berilah peluang kepada si tua Berilah duduk si tua di kerusi itu Berdirilah si muda bantulah dia Bermanis mukalah jangan masam ...

Travelog KT33

Image
1429H/2008 menjadi tahun keramat bagiku untuk mengungkapkan satu nostalgia perjalananku ke Negeri Madinah al Munawwarah dan juga Tanah Suci Mekah Al Mukarramah. Lambaiannya masih hangat terasa, seolah-olah ada suara halus memanggil-manggil untuk ku ke sana buat kali ke 2. Oh amat rindu rasanya untuk ku melihat kedamaian dan kesyahduan Baitullah dan Raudah maqam baginda rasulullah. Manusia yang paling agung seagung-agungnya. Langit Subuh Madinah amat cerah sewaktu aku, isteri dan ibuku melabuh diri di lapangan terbang Madinah.. Tidak terkira sukacitanya hati ini bila kapal terbang arab saudi dapat mendarat dengan sempurna di sana. Alhamdulillah. Teringat pesan Ustaz Abd. Basit supaya sentiasa berdoa kepada Allah agar mengurniakan perasaan merasai singkatnya masa di dalam perjalanan. Syukur..beberapa belas jam di udara, kesihatan tubuh serta yang paling kritikalnya perutku, tak pernah meragam. Nasi, kek, air dan sebagainya yang disediakan oleh pramugari ‘no problem’. Pramuga...

IBADAH HAJI WAJIB DITUNAIKAN SEKALI SEUMUR HIDUP

Image
Muslim yang terleka mengumpulkan harta dunia (BERTUKAR kereta, MEMBESAR rumah, MENAMBAH KOLEKSI kedai, perniaagan dll lagi) yang tidak mahu memikirkan simpanan khusus bagi menyediakan dirinya untuk layak menunaikan haji adalah dalam kerugiaan yang nyata. JIka anda mengumpul wang paling banyak RM200 sebulan yang bergaji RM2000~3000 pun akan terkumpul sebanyak RM2400 setahun. Bila mencapai10 tahun akan jadi RM24000..................BULEH SANGAT DOH KALU NAK BUAT LAGU TU.....INSYAALLAH...

BAGAIMANA STATUS SOLAT KITA HINGGA KE AKHIR HAYAT

Image
Dalam berbilion manusia di dunia ini ada yang beragama islam diiktiraf sebagai muslim, daripada ramai muslim itu ada yang yang kuat imannya yakin percaya kepada ajaran agama disebut mukmin. Daripada ramai-ramai mukmin itu ada yang benar-benar yakin percaya serta beramal ibadah disebut muttaqin dan yang sebenar-benar beribadat secara ikhlas kerana Allah (tahu tujuan dan kaedah melaksanakannya) mengikut sunnah rasulullah dinamakan mukhlisin . Status kita terletak diperingkat mana? Setelah kita cukup umur atau baligh, semua kelakuan ibadat sama ada solat, puasa, zakat dan haji semuanya kita belajar dan dah ada juga telah kita praktikkan sesempurna yang kita anggapkan. Tetapi adakah terfikir oleh kita bagaimana hendak menyempurnakan lagi seterbaik mungkin semua amalan ibadat tersebut agar diterima sepenuhnya oleh Allah swt. Lihatlah solat 5 waktu yang kita lakukan sehari-hari… Rata-rata orang muslim melakukan solat sekadar ikut-ikutan iaitu melakukan sepertimana orang lain...